nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor kecewa warga agama negeri tolak vaksin

22 SEPT : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa dukacita dan amat kecewa apabila diberitahu hanya 203 daripada 873 orang Guru KAFA, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Jurunikah di Negeri Selangor yang hadir semasa sesi program vaksinasi khas Covid-19 Frontliner JAIS yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Program vaksinasi khas itu diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Lebih mendukacitakan Baginda, daripada 203 orang yang hadir, 96 daripada mereka menolak untuk divaksin.

“Apa yang berlaku ini amat mengecewakan kerana kedegilan individu-individu tertentu ini akan hanya menyusahkan urusan sekalian rakyat jelata terutamanya murid-murid yang akan meneruskan pembelajaran KAFA,” titah Baginda menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Tegas Baginda lagi, pelbagai inisiatif dan cara telah dilakukan khususnya daripada gesaan Baginda sendiri dengan kerjasama pihak JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), demi memastikan kesejahteraan seluruh umat Islam di Negeri Selangor.

“Ini termasuk memperluas dan mempermudah pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada petugas-petugas masjid dan pejabat agama bagi membolehkan umat Islam kembali menunaikan ibadah dan melakukan aktiviti keagamaan seperti biasa. Namun apa yang berlaku amat mendukacitakan,” titah Baginda lagi.

Baginda juga  akan meneliti nama-nama Guru KAFA, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Jurunikah yang memutuskan untuk tidak divaksin dan satu ketetapan berhubung tindakan yang akan diambil terhadap mereka bakal ditentukan kelak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.