nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

89 peratus pelajar tajaan MARA daripada golongan B40

11 OKT :  Sebanyak 89 peratus pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah terdiri daripada golongan B40 yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf global.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sehingga 30 September 2021, MARA telah menaja seramai 50,555 pelajar merangkumi 44,994 (89%) daripada golongan B40, 5,055 (10%) daripada M40 dan 506 (1%) daripada T20.

“MARA sejak dahulu lagi mengamalkan dasar yang memberi keutamaan kepada golongan B40 dan penduduk luar bandar bagi akses kepada pendidikan yang lebih baik.”

“Melalui program penganjuran pelajaran MARA ini, ia merupakan strategi serampang dua mata yang bukan sekadar memberi tumpuan dan peluang kepada pelajar miskin dan luar bandar, tetapi turut menjamin keperluan guna tenaga dan modal insan negara dapat dipenuhi selaras dengan perkembangan teknologi dan industri,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Pelaksanaan dasar itu jelas beliau, telah bermula di peringkat pengambilan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan juga Program Penajaan Pelajaran.

Datuk Seri Mahdzir Khalid

MARA juga menurut Mahdzir, menyediakan penajaan pelajaran di institusi dalam dan luar negara berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang bermula dari program persediaan sehingga ke peringkat doktor falsafah (Ph.D).

Ianya termasuk kursus-kursus pentauliahan profesional, kepakaran (spesialis) dan program-program kritikal yang diselaraskan mengikut keperluan negara pada masa hadapan. 

Bagi tahun 2021, MARA katanya menyediakan peruntukan untuk membiayai 60,000 pelajar merangkumi 35,000 pelajar sedia ada dan 25,000 pelajar baharu.

“Pemilihan pelajar bagi mengikuti program penajaan ini bukan hanya tertumpu dari aspek status sosio ekonomi (SES) keluarga sahaja.

“Tetapi ia turut mengambil kira kecemerlangan akademik, kebolehan pelajar yang dinilai melalui ujian psikometrik, ko-kurikulum serta status institusi pendidikan dan program yang dipilih. MARA mengutamakan program pengajian dalam universiti terbaik dunia.

 “Peratusan itu juga jelas menunjukkan bahawa pihak KPLB bersama MARA sememangnya memberikan keutamaan kepada anak-anak dari keluarga B40 sekaligus menafikan dakwaan tajaan MARA lebih mengutamakan pelajar dari keluarga T20.

“Saya mohon kepada orang ramai untuk merujuk MARA terlebih dahulu sekiranya terdapat dakwaan tidak berasas daripada pihak tertentu,” jelas Mahdzir.

Terbaru, MARA menghantar 215 pelajar tajaannya ke United Kingdom dibawah program Young Talent Development Program (YTP), IPMA Excellent Sponsorship Program (IESP) dan World Top University (WTU).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.