nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM optimis RMKe-12 pacu pertumbuhan ekonomi lebih mampan

12 OKT : Agenda pembangunan negara menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Belanjawan 2022 dijangka mampu memacu negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.

Keyakinan itu diluahkan secara optimis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan isyarat dan tanda pemulihan ekonomi selepas negara dilihat hampir berjaya dalam perjuangan memerangi impak pandemik COVID-19.

Menurut beliau, sesungguhnya krisis tersebut telah menyatukan pelbagai pihak serta rakyat Malaysia dan memberi peluang untuk  membuat perubahan secara inklusif.

“Walaupun ada pihak yang meragui terhadap pencapaian sasaran RMK-12, namun saya yakin dengan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat serta dengan semangat Keluarga Malaysia, matlamat ini dapat dicapai.

“Walaupun negara dilihat hampir berjaya dalam perjuangan memerangi COVID-19, namun rakyat diingatkan supaya tidak leka dan alpa kerana wabak itu belum berakhir.

“Kita harus bersedia untuk memasuki fasa endemik dan meneruskan kehidupan dengan kebiasaan baharu,” katanya ketika membentangkan RMKe-12 di persidangan Dewan Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) bawah penyelarasan Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi memastikan pencapaian hasil yang ditetapkan dalam RMKe-12

Perdana Menteri berkata, PPD akan menjajarkan strategi dan inisiatif dengan petunjuk prestasi utama (KPI) serta kementerian dan agensi penyelaras dan pelaksana yangbertanggungjawab.

“PPD ini akan disiapkan pada November ini. Satu jawatankuasa pemantauan akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh saya sendiri untuk memantau pelaksanaan RMK-12 dengan rapi.

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemantauan yang pertama pada pertengahan November ini. Saya turut mengalu-alukan maklum balas daripada semua Ahli Dewan Negara berhubung cadangan pelaksanaan dasar dan strategi RMKe-12,” katanya.

Sementara itu, mengulas kelonggaran pergerakan rentas negeri, Perdana Menteri berharap agar kebenaran yang diberikan kerajaan dapat mengubati hati rakyat yang kini boleh bertemu ibu bapa dan ahli keluarga yang sudah lama terpisah.

Tambah Ismail Sabri, biarpun kelonggaran sudah diberikan, rakyat diingatkan supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pandemik COVID-19 menyebabkan gangguan emosi dan tekanan perasaan dalam kalangan sebahagian daripada Keluarga Malaysia.

“Seperti yang saya umumkan, pergerakan rentas negeri sudah dibenarkan selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.