nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pegawai SPRM disiasat terbabit kegiatan edar dadah

20 OKT: Siasatan polis berhubung kehilangan barang kes berupa wang tunai AS$6 juta (RM25 juta) dalam simpanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memasuki episod baharu apabila polis menemui bukti menunjukkan suspek terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata pada mulanya polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan suspek memiliki pil Erimin 5, sebelum menemui petunjuk bahawa pegawai SPRM berkenaan mungkin terlibat dalam aktiviti mengedar bahan terlarang itu.

Berikutan itu, Razaruddin berkata suspek kini ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 atau lebih dikenali sebagai LLPK.

“Kita tahan di bawah Seksyen 3(1) LLPK untuk buat siasatan. Ada dua saksi yang kita tangkap. Jadi daripada situ kita nampak ada macam unsur-unsur pengedaran dadah berlaku.

“Dia (suspek) asalnya kita tangkap kerana memiliki pil Erimin 5 dan ujian air kencing positif kerana salah guna dadah, susulan laporan yang dibuat oleh SPRM.

“Kami mengesyaki dia terlibat dalam mengedar pil Erimin 5 dan juga methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif amfetamin dan benzo – bahan yang biasanya ditemukan dalam Erimin 5 dan methamphetamine.

Mengulas lanjut, Razarudin, berkata pihak polis percaya suspek mungkin terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah selama lebih setahun.

“Dia sekarang ditahan selama 60 hari di bawah LLPK. Tapi kita tak akan tahan sampai 60 hari, apabila siasatan selesai kita akan serahkan kertas siasatan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Suspek adalah salah seorang daripada tiga pegawai SPRM yang ditahan oleh suruhanjaya itu bulan lalu bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa kuasa dan penyelewengan dalam kes membabitkan ‘seorang bekas ketua jabatan’.

Difahamkan, para pegawai berkenaan disyaki terlibat dalam kes kehilangan sejumlah wang tunai, yang merupakan sebahagian daripada bukti yang dirampas SPRM.

SPRM merampas wang tunai berkenaan pada 2018 ketika menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Berikutan itu, suspek kemudian disiasat polis setelah dia didakwa memiliki dadah dan didapati positif.

Difahamkan, dia juga disiasat atas kesalahan berkaitan senjata api dan disyaki memiliki peluru lebih daripada yang sepatutnya serta memiliki senjata api palsu.

Pada 12 Oktober, Jabatan Peguam Negara dilaporkan menemui kesalahan lain yang memerlukan siasatan lebih lanjut pihak berkuasa dalam kes kehilangan wang tunai berkenaan berdasarkan kertas siasatan yang dikemukakan oleh SPRM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.