nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ronald turun padang pantau operasi MAQIS Johor

22 OKT : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sentiasa berwaspada dan peka terhadap sebarang aktiviti import dan eksport produk pertanian bagi memastikan biosekuriti negara terjamin.

Sehubungan itu,  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee hari ini turun padang  ke kompleks Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bagi melihat sendiri aktiviti pengoperasian pengimportan dan pengeksportan hasilan pertanian negara khususnya ke Singapura.

Menurut Ronald, hampir sebanyak 350 lori yang membawa muatan melebihi 600 tan metrik akan diperiksa disini setiap hari. 

“Pihak MAQIS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) telah merekodkan jumlah kes penahanan yang melibatkan cubaan membawa masuk dan keluar hasilan agromakanan tanpa permit, iaitu sebanyak 37 kes sehingga 30 September 2021 dengan nilai anggaran tahanan berjumlah RM1.35 juta berbanding 38 kes pada tahun 2020 dengan nilai tahanan RM1.2 juta.

“MAFI melalui MAQIS akan terus mempertingkatkan kawalan dan penguatkuasaan di sempadan khususnya di pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian serta penternakan negara dapat dibendung serta dikawal,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Ronald Kiandee sedang diberi taklimat berhubung operasi import-eksport di MAQIS Bangunan Sultan Iskandar Johor.

Turut hadir, YB Dato’ Haji Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA, YB Tuan Haji Rosleli Bin Jahari, Ahli Lembaga Pengarah FAMA dan Tuan Shamsul Akbar Bin Sulaiman, Ketua Pengarah MAQIS.  

Tegasnya, MAQIS sebagai benteng utama bagi menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara akan terus tegas menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang negara.

“Ini untuk memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak atau penyakit merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal di semua pintu masuk negara demi kesejahteraan rakyat dan negara. 

“MAQIS sentiasa disaran mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan bagi memudahcara perdagangan pertanian di pintu masuk utama negara yang sekaligus membantu perkembangan ekonomi negara,’ katanya lagi. 

Pada masa yang sama, menurut Ronald, MAFI juga sedang memutamadkan beberapa cadangan pindaan kepada Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] untuk meluaskan skop kuasa MAQIS diluar pusat kuarantin, stesen kuarantin serta premis kuarantin yang membabitkan kuasa untuk membuat serbuan, siasatan dan penahahan diluar pintu masuk negara.

“Selain itu pindaan juga akan memperkukuhkan bidang kuasa bagi tujuan kawalan biosekuriti kepada semua komoditi pertanian yang berhubungan dengan aktiviti import dan eksport, pemindahan antara wilayah, transit dan transshipment.  

“Akta 728 juga akan menekankan kepada pengurusan kawalan biosekuriti yang lebih mantap termasuk meningkatkan kadar denda atau hukuman yang dikenakan dalam peruntukan kesalahan sedia ada dan menambah baik pengurusan barang rampasan bahan mudah rosak (perishable item),” jelasnya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.