nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Melaka: Perhimpunan, majlis sosial dilarang mulai esok

24 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan larangan mengadakan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial termasuklah penganjuran majlis pelancaran jentera parti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah tidak dibenarkan, mulai esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata larangan yang akan berkuat kuasa mulai esok hingga 27 November berkenaan adalah langkah terbaharu diperkenalkan KKM bagi mengurangkan risiko penularan dan peningkatan kes jangkitan COVID-19 secara mendadak.

Khairy berkata larangan berkenaan juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu:

“Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

KHAIRY

“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu Khairy berkata semua pihak dikehendaki mematuhi peraturan, SOP dan arahan yang telah ditetapkan demi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat mencegah peningkatan kes dan kejadian kluster.

Mengulas lanjut, Khairy berkata keputusan berkenaan dibuat KKM berdasarkan pemantauan situasi COVID-19 dalam negara, didapati antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster di Malaysia adalah berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi SOP.

“Sebarang perhimpunan atau majlis sosial yang dianjurkan tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

“Susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung pelaksanaan PRN Melaka pada 20 November 2021, KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial  berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara.

“Memandangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 masih tinggi, terutama dengan penularan varian Delta dalam komuniti dan peningkatan bilangan kes COVID-19 baharu yang dilaporkan, aktiviti tersebut akan meningkatkan lagi risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

“Berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021] yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

“10(1) Tiada seorang pun boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, perkahwinan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.