nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAAB bina terowong berkembar pertama di Malaysia

29 OKT: Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) memulakan kerja pembinaan terowong ‘Inlet Portal’ yang merupakan sebahagian daripada projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 bagi menghubungkan paip air dari Kolam Air Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hadi Ali, berkata Terowong Koridor Utara sepanjang 2.2 kilometer dengan garis pusat 3.2 meter setiap satu itu adalah yang pertama di Malaysia, masing-masing berfungsi untuk menyalurkan air terawat dan tempat simpanan air (kolam air).

Beliau berkata, terowong itu berupaya menyalurkan 290 juta liter air sehari (MLD) untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan sekitar Ampang, Keramat dan Hulu Klang serta dijangka siap sepenuhnya pada 30 September 2023.

“Pembinaan terowong berkembar ini sebahagian usaha PAAB memelihara alam sekitar membabitkan kawasan di Hutan Simpan Hulu Langat dan Hutan Simpan Bukit Sungai Putih, Selangor serta menjadi penanda aras kepada pemaju lain untuk lebih peka terhadap kesan kepada flora dan fauna,” katanya.

Majlis Pecah Tanah Terowong Koridor Utara Loji Rawatan Air Langat 2 di Hulu Langat disempurnakan Pengerusi PAAB, Datuk Seri Hasan Arifin dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman.

PAAB bertanggungjawab membangunkan LRA Langat 2 merangkumi 23 pakej membabitkan kawasan termasuk Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, Bukit Jalil, Petaling, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang serta Keramat AU3.

Ia projek LRA terbesar di Asia Tenggara yang mula dibina pada Mac 2014 dengan keseluruhan projek mencapai kemajuan 88 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2023.

LRA Langat 2 berupaya membekalkan keperluan 1,130 juta liter air sehari kepada penduduk di Lembah Klang, sekali gus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor.

Kerajaan Persekutuan bersetuju membina LRA Langat 2 dengan kos RM3.7 bilion bagi menampung keperluan dan permintaan tinggi bekalan air di Lembah Klang. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.