nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hanya 1.8 peratus penjawat awam enggan divaksin

10 NOV: Mana-mana penjawat awam enggan menerima vaksin boleh dikenakan pelbagai tindakan disiplin dan tatatertib oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk ditamatkan perkhidmatan, ditahan kenaikan gaji dan pangkat.

Menteri di Jabatan Perdana (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata tindakan itu selari dengan keputusan Kerajaan untuk mewajibkan semua pegawai awam Persekutuan untuk mengambil dan melengkapkan vaksin COVID-19 seperti dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 57 Tahun 2021 (Siri 119) pada 29 September 2021 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Oktober 2021.

Bagaimanapun, Dr Abd Latiff berkata walaupun jumlah penjawat awam yang belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil iaitu hanya 1.8 peratus, namun imunisasi lengkap adalah perlu bagi memberikan keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan itu adalah untuk melindungi pegawai itu sendiri serta majoriti penjawat awam dan rakyat yang telah divaksin kerana masih terdapat risiko penularan pandemik COVID-19 di premis-premis Kerajaan.

Abd Latiff Ahmad
ABD LATIFF

Justeru, pada 18 Oktober 2021, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam. Pekeliling Perkhidmatan ini menetapkan bahawa pada atau selepas 1 November 2021.

“Pegawai boleh diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap dengan cara mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19.

“Mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan Ketua Jabatan boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

“Bagi memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan lancar, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan apa-apa kaedah yang bersesuaian untuk menguruskan mana-mana pegawai yang tidak mendapatkan atau melengkapkan imunisasi COVID-19 termasuklah mengarahkan pegawai untuk membuat ujian pengesanan COVID-19,” katanya ketika menjawab soalan lisan di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen PH-Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang meminta Perdana Menteri  menyatakan statistik penjawat-penjawat awam yang enggan terima atau belum sedia terima vaksinasi COVID-19 tanpa alasan kukuh setelah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkannya mulai 1 November melalui pekeliling. Nyatakan jumlah penjawat awam yang sudah dikenakan tindakan disiplin.

Dalam pada itu, Dr Abd Latiff menjelaskan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) mahu memindahkan guru enggan divaksin ke sekolah lain tidak akan menyelesai masalah asal.

“Sebab itulah segala tindakan diambil terhadap penjawat awam adalah untuk kepentingan perkhidmatan awam itu sendiri,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.