nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Projek ECRL hanya lewat sedikit

16 NOV: Kementerian Pengangkutan (MOT) komited untuk memastikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilaksanakan mengikut jadual dan perkhidmatannya dapat disediakan kepada segenap lapisan masyarakat secepat mungkin.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata komitmen ini dibuktikan apabila sehingga 31 Oktober 2021, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebenar sebanyak 25.09 peratus berbanding jadual asal sebanyak 27.55 peratus iaitu sedikit sahaja lewat daripada jadual berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan itu, Seksyen A (Kota Bharu – Dungun); Seksyen B (Dungun – Mentakab) dan Seksyen C1 (Mentakab – Gombak), pada 31 Disember 2026; manakala Seksyen C2 (Gombak – Pelabuhan Klang), pada 31 Disember 2027.

“Jajaran utara ECRL, iaitu jajaran asal mempunyai kelebihan untuk menjadikan ECRL sebagai laluan pilihan bagi logistik rel dari aspek ketersambungan kepada hab industri, masa perjalanan berbanding pengangkutan laut dan keselarian dengan lebuh raya.

KA SIONG

“Selain itu, ia juga merangkumi komponen laluan pintas Serendah-Pelabuhan Klang yang dapat menyelesaikan isu pengangkutan rel dari utara ke Pelabuhan Klang,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, berkenaan gerak kerja yang telah dilakukan sehingga kini bagi jajaran C2, Ka Siong berkata sehingga kini MOT telah mengadakan lebih daripada 37 sesi libat urus yang melibatkan 17 jabatan dan agensi kerajaan negeri Selangor serta 12 jabatan dan agensi  Kerajaan Persekutuan sejak Jun 2020.

Beliau berkata ini bertujuan memperkemaskan cadangan penyelesaian teknikal untuk mengatasi isu-isu sosial dan alam sekitar yang dihadapi di Selangor sekiranya jajaran ECRL dikembalikan ke jajaran asal.

“Secara umumnya, semua agensi dan jabatan teknikal di peringkat negeri dan Persekutuan tiada halangan terhadap
cadangan untuk mengembalikan jajaran ECRL kepada jajaran asal.

“Penyelesaian teknikal telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor semasa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perancang Negeri yang diadakan pada 7 Ogos 2020.

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Selangor telah mencadangkan pindaan terhadap jajaran di antara Gombak Utara dan Serendah bagi mengelakkan pembinaan di Empangan Batu, Taman Jasa Utama dan beberapa lokasi kampung yang memberi impak sosial tinggi.

“Melalui penyelesaian teknikal ini, saya yakin pembangunan ECRL tidak mengganggu kelestarian alam sekitar. Setakat ini, Kerajaan Pusat masih menunggu kelulusan jajaran utara daripada Kerajaan Negeri Selangor masih belum
meluluskan jajaran utara,” katanya.

Sementara itu, Ka Siong mengesahkan setakat ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang oleh entiti swasta.

Berikutan itu, Ka Siong berkata hak dan pengoperasian Lapangan Terbang Subang kekal sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Pajakan yang diberikan kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengendali, mengurus dan menyelenggara termasuk menetap, mengguna dan mengawal Lapangan Terbang Subang sehingga tahun 2034.

“MAHB bertanggungjawab untuk mengembangkan LTSAAS sebagai hab aeroangkasa antarabangsa sepertimana yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac 2005,” katanya.

Mengenai cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) akan menjejaskan sumber air di Kawasan Ulu Muda, Ka Siong berkata Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam mesyuaratnya pada 27 Oktober 2020 hanya memberi kelulusan prinsip terhadap cadangan Projek KXP.

Beliau berkata kelulusan prinsip berkenaan adalah tertakluk kepada permohonan mendapatkan pertimbangan daripada MOT dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

“MOT juga ingin menjelaskan bahawa sehingga kini, tiada kelulusan diberikan untuk menubuhkan aerodrom bagi Projek KXP sepertimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016.

“Oleh itu, kelulusan akhir bagi cadangan pembinaan KXP hanya akan dipertimbangkan apabila kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) telah disiapkan.

“Pembinaan KXP juga tertakluk kepada pematuhan syarat seperti Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA), Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA), Laporan Penilaian Impak Trafik (TIA) bagi memastikan cadangan pembinaan lapangan terbang benar-benar viable,  sustainable dan memenuhi keperluan teknikal yang ditetapkan oleh CAAM dan MAVCOM,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.