nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Projek EKVE antara punca banjir di Hulu Langat

26 DIS: Pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dipercayai antara faktor menyumbang kepada kejadian banjir besar di sekitar Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauannya di kawasan perumahan itu mendapati projek pembinaan EKVE menyebabkan longkang tertutup, sekali gus mengganggu sistem saliran di kawasan itu.

“Banjir ini bukan saja disebabkan oleh air hujan, tapi (tinjauan) di Taman Sri Nanding tadi (mendapati) kerana projek EKVE.

“Longkang tertutup dan sebagainya, menyebabkan banjir lebih cepat berlaku,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin di Hulu Langat, hari ini.

Beliau turut mengumumkan rebat 100 peratus secara sekali beri atau ‘one-off’ bagi bil elektrik Disember kepada pengguna domestik bagi meringankan beban mangsa banjir.

Menurutnya, pemberian rebat itu bakal memanfaatkan sekitar 72,000 pengguna domestik yang menjadi mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.

Selain itu, katanya, TNB turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian percuma kepada mangsa banjir.

“Untuk meringankan beban mangsa banjir, TNB akan memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ untuk bil elektrik Disember, yang akan memanfaatkan 72,000 pelanggan domestik, iaitu rumah.

“Saya juga sudah minta TNB membantu kediaman milik keluarga B40 yang terjejas banjir apabila bekalan elektrik disambung semula.

“Sejak Jumaat, TNB telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma kepada pengguna domestik kerana air banjir mungkin menyebabkan kerosakan pendawaian, suis dan sebagainya, jadi situasi itu agak berbahaya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan Kementerian Kewangan juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat pengeluar kenderaan untuk memberi kemudahan tertentu kepada mangsa banjir.

Katanya, langkah itu berikutan ramai mangsa banjir yang perlu membaiki kenderaan ditenggelami air.

“Perodua umumkan akan beri percuma kos tarik kereta ke pusat servis mereka, dan bayaran upah untuk baik pulih dan servis juga adalah percuma.

“Kos alat ganti masih perlu dibayar, namun Perodua bersetuju memberikan diskaun 50 peratus untuk kereta jenama Perodua.

“Saya difahamkan Menteri Kewangan akan berunding dengan syarikat lain seperti Proton dan sebagainya dan harap mereka mengikut langkah Perodua, ini amat dialu-alukan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.