nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan batal sambutan tahun baharu bagi menghormati mangsa banjir

30 DIS : Kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan sambutan tahun baharu 2022 sebagai tanda menghormati serta simpati terhadap mangsa yang terlibat dan terkorban di dalam tragedi banjir besar baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sambutan tahun baharu kali ini akan digantikan dengan program solat hajat dan doa selamat yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada malam esok.

“Pada tahun ini saya mengambil keputusan untuk membatalkan sambutan tahun baharu dan digantikan dengan solat hajat dan doa selamat sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri.

“Saya telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menganjurkan Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 pada 31 Disember 2021 di Masjid Putra, Putrajaya,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri turut mengajak umat Islam yang terdekat untuk bersama-sama hadir dalam program solat hajat tersebut. Manakala bagi mereka yang tidak berpeluang hadir, beliau berkata mereka boleh mengikuti siaran langsung yang akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV AL Hijrah.

“Dengan ini saya mengajak Keluarga Malaysia untuk bersama-sama solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam esok.

“Saya juga menyarankan agar masjid-masjid di seluruh negara, terutamanya masjid negeri, menganjurkan majlis yang sama.Manakala Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing.

“Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.