nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nilai eksport sawit negara meningkat RM91.4 bilion

5 JAN : Nilai eksport minyak sawit dan derivatif hiliran Malaysia meningkat sebanyak RM91.4 bilion bagi tempoh Januari hingga November 2021 berbanding RM65.3 bilion bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin, industri minyak sawit terus menjadi tonggak utama kepada pembangunan ekonomi negara yang menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia.

Kata Zuraidah, industri minyak sawit adalah penyumbang keempat terbesar ekonomi negara dan minyak sawit ada penyumbang terbesar kepada eksport komoditi Malaysia.

“Kejayaan tahun lalu disusuli dengan cabaran baharu yang hebat akibat penutupan sempadan antarabangsa dan cabaran kekurangan tenaga kerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama Seminar dan Dialog 2022 ‘Reach & Remind, Friends of the Industry’, pelancaran kempen ‘Malaysian Palm Oil Full Of Goodness’ dan pelancaran buku Mari Kenali Sawit di sini, hari ini.

Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Ravi Muthayah; Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Larry Sng Wei Shien; Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir; Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Wan Aisyah Wan Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Datuk Mohamad Nageeb Wahab; dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Mohammad Hafezh Abdul Rahman.

Katanya lagi, setakat November tahun lalu, minyak sawit Malaysia merangkumi 24 peratus pengeluaran minyak sawit global dan 31 peratus jumlah eksport dunia.

Tahun 2021 menurut Zuraidah merupakan tahun yang mencabar kepada industri minyak sawit yang terjejas dengan pengurangan pekerja ladang sekitar 75,000 menyebabkan aktiviti penuaian tertangguh selain kualiti tandan buah yang dituai lebih rendah.

“Pengeluaran mintak sawit negara susut sebanyak 1.3 juta tan atau lapan peratus kepada 15.03 juta tan. Bagi mengatasi masalah kekurangan ini, kerajaan bersetuju untuk mendapatkan 32,000 pekerja asing dengan pematuhan ketat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” jelasnya.

Berhubung Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), beliau berkata, setakat Disember tahun lalu, sejumlah 5.36 juta hektar atau 91.4 peratus daripada 5.87 juta hektar sudah menerima pensijilan berkenaan.

“Daripada jumlah itu, katanya sejumlah 684,970 hektar dan 518,981 hektar kawasan bertanam yang dikendalikan oleh syarikat perladangan serta pekebun kecil bebas mendapat persijilan terbabit.

“Kita berterima kasih kepada pekebun kecil diatas sokongan kepada kemampanan minyak sawit negara. Kerajaan akan terus membantu mereka untuk mencapai tahap 100 peratus MSPO tahun ini,” katanya.

Zuraida berkata, bagi tahun ini, KPPK menyasarkan jumlah pengeluaran meningkat 30 peratus berbanding jangkaan pencapaian 2021 disokong kempen dan inisiatif baharu yang akan dilaksanakan kementerian itu.

Beliau berkata, industri minyak sawit negara akan meneroka pasaran eksport baharu ke negara pengguna seperti Sri Lanka, Asia Barat, Iran, India, Turki dan Bangladesh tahun ini

Get real time updates directly on you device, subscribe now.