nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DAKN bakal pacu pembangunan sektor agrikomoditi

19 JAN : Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 yang akan dilancarkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan menggantikan Dasar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, DAKN bakal menjadi kesinambungan dalam usaha memacu pembangunan sektor itu secara lebih mampan, berdaya saing dan berorientasikan pasaran.

Katanya, pelaksanaan dasar itu yang bakal memayungi pembangunan Agrikomoditi negara, penting bagi memastikan sektor itu terus berdaya saing dan kekal terpelihara sepanjang zaman.

“DAKN adalah dasar yang diselaraskan dengan norma baharu dan peningkatan penggunaan digital pasca COVID-19.

“DAKN 2021-2030 akan digunakan sebagai rujukan kepada industri komoditi negara dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.

“Selain itu, ia akan melahirkan pekebun kecil pintar yang mengamalkan pertanian moden menerusi penggunaan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Eksklusif bersama Perdana Menteri dan Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia, di Putrajaya malam ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikerumuni pemberita selepas program Eksklusif bersama Perdana Menteri dan Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia

Turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

DAKN juga bakal meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera dalam sektor industri hiliran Agrikomoditi, kata Ismail Sabri lagi.

Usaha itu menurutnya akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sektor komoditi, yang amat penting kepada pembangunan negara.

Tahun lalu katanya, jumlah eksport agrikomoditi terus mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan walaupun negara masih dalam pandemik COVID-19.

“Sehingga November 2021, pendapatan eksport dianggarkan RM189.8 bilion iaitu meningkat 41.6 peratus berbanding tempoh sama pada 2020.

“Perubahan ini banyak didorong oleh peningkatan import di negara pasaran utama selain nilai komoditi yang tinggi khususnya membabitkan produk berasaskan sawit.

“Contohnya, jumlah eksport produk berkaitan sawit ke India mencatatkan peningkatan membanggakan dengan peningkatan eksport melebihi sekali ganda iaitu daripada RM8.5 bilion pada 2020, kepada RM17.8 bilion pada 2021,” katanya.

Ismail Sabri berkata, turut menunjukkan peningkatan, jumlah eksport kayu dan produk berasaskan kayu ke India, pada kadar yang lebih daripada RM781 juta kepada RM839 juta bagi tempoh sama, iaitu peningkatan 7.5 peratus.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia juga muncul sebagai negara pengeluar terbesar dunia bagi sarung tangan getah apabila menguasai 65 peratus pasaran produk berkenaan.

Pada masa sama, Malaysia tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai cabaran terutama sekatan yang dilakukan oleh pihak tertentu khususnya media barat terhadap hasil keluaran agrikomoditi negara seperti minyak sawit dan getah, yang dikaitkan dengan buruh paksa.

Bagaimanapun, katanya, demi semangat Keluarga Malaysia, warga KPPK dan Agensi dengan dokongan pemain industri perlu berdiri teguh untuk mempertahankan produk negara agar terus diterima di seluruh dunia dan diangkat kedudukannya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.