nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga cabaran utama urus bencana – PM

20 JAN: Kerajaan telah mengenal pasti tiga cabaran utama yang perlu diberi perhatian untuk diperbaiki dan ditambah baik dengan segera dalam pengurusan bencana negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masih terdapat kelemahan dari segi pemahaman dalam kalangan agensi-agensi berkaitan di peringkat pusat, negeri dan daerah serta badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan bukan Kerajaan berkaitan tanggungjawab mereka di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 di peringkat sebelum, semasa dan selepas bencana.

Selan itu, katanya, ketiadaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di negeri dan daerah menyukarkan koordinasi secara terus dengan agensi-agensi di lapangan.

“Kerjasama rapat pelbagai pihak seperti kerajaan negeri dan kerajaan tempatan penting dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana negara pada tahap optimum.

Ismail Sabri arah pembangunan Fasa Ke-2 Program Ramalan dan Amaran Banjir dipercepatkan bagi membolehkan ramalan awal banjir yang lebih tepat dikeluarkan.

“Struktur organisasi sedia ada juga membataskan keupayaan NADMA untuk menyelaras tindakan pengurusan bencana yang melibatkan penduduk setempat, badan-badan bukan Kerajaan dan kerajaan tempatan. Kekangan ini menyebabkan NADMA tidak dapat menguruskan bencana secara terus di peringkat negeri dan daerah,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat di ibu negara hari ini.

Menurutnya, cabaran ketiga pula adalah kelemahan pengurusan maklumat dalam pengurusan bencana.

Ini kerana katanya, pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Pada masa ini, jelasnya pengurusan bencana negara masih mengamalkan kaedah pengumpulan maklumat secara konvensional dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

“Situasi ini menyebabkan proses penyediaan laporan, penganalisaan, pembuatan keputusan dan pengurusan data mempunyai kelemahan yang ketara.

“Penyaluran maklumat dengan lebih pantas dan tepat kepada agensi-agensi tindak balas dan mangsa-mangsa banjir masih perlu diperbaiki,” katanya.

Bagi penambahbaikan pengurusan bencana, Ismail Sabri berkata, beliau telah mengarahkan agensi yang bertanggungjawab supaya mempercepatkan pembangunan Fasa Ke-2 Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meliputi 38 lembangan sungai utama seluruh negara bagi membolehkan ramalan awal banjir yang lebih tepat dikeluarkan.

Tambahnya, hebahan kepada orang awam, kaedah-kaedah terbaik dan terpantas untuk mengeluarkan amaran awal dan arahan bersedia khususnya kepada penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir juga perlu ditambah baik.

Bagi penyediaan makanan kepada mangsa banjir pula, jelasnya penggunaan teknologi retort ataupun makanan sedia dimakan untuk diedarkan kepada mangsa banjir kerana kaedah pembungkusan tersebut lebih tahan lama dan kalis air.

“Sudah tiba masanya kita juga memperkasa peranan dan sumbangan organisasi masyarakat sivil (CSO) dalam pengurusan bencana serta mengalu-alukan penglibatan mereka.

“Selain itu, pemerkasaan komuniti perlu dipertingkatkan lagi bagi mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan terhadap bencana,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.