nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19:Jumlah pesakit di ICU meningkat berbanding semalam

16 FEB : Pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi mencatatkan peningkatan sebanyak 204 kes berbanding semalam sebanyak 194 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula memperlihatkan penurunan sebanyak 116 kes berbanding semalam sebanyak 120 kes.

“Malaysia mencatatkan sebanyak 27,831 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 22,133 kes sekali gus mengatasi 7,912 kes sembuh.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan kepada 28 kluster berbanding semalam, 16 kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,657 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 467 kluster berbanding semalam, 444 kluster, manakala jumlah kluster tamat sebanyak 6,190 kluster berbanding semalam, 6,185 kluster,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kata Noor Hisham lagi, sebanyak 97 kes bersamaan 0.35 peratus daripada 27,831 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 27,734 kes bersamaan 99.65 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi kes kategori tiga, empat dan lima, 24 kes bersamaan 24.7 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 51 kes bersamaan 52.8 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19, namun belum menerima dos penggalak iaitu kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap Covid-19 telah menurun.

“Selain itu, lima kes bersamaan 8.9 peratus adalah kes ibu mengandung; 39 kes bersamaan 40.2 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 31 kes atau 63.3 peratus mempunyai penyakit komorbid dan enam bersamaan 6.2 peratus kes kematian,” katanya.

Dalam kenyataan itu beliau turut memaklumkan jumlah kematian akibat COVID-19 hari ini meningkat sebanyak 31 kes berbanding semalam 24 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 8 malam, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,180 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 10 daripada 31 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,514 kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.