nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

4 daripada 1,000 bayi ada masalah pendengaran kekal

3 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan empat daripada 1,000 bayi mengalami masalah pendengaran jenis kekal.

Data itu berdasarkan 62 peratus daripada jumlah bayi yang menjalani Saringan Pendengaran Universal Neonatal (UNHS) yang dijalankan di 44 buah hospital.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, KKM menyasarkan peningkatan penyertaan UNHS dalam kalangan bayi di negara ini kepada 95 peratus ke atas bagi mendokong Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008, menjelang 2025.

“Ia selari standard ditetapkan Jawatankuasa Bersama Antarabangsa bagi Pendengaran Bayi (JCIH), selain saringan berkenaan penting kerana masalah hilang upaya pendengaran dalam kalangan bayi dan kanak-kanak adalah ‘hidden disability’ (kekurangan upaya tersembunyi) dan kegagalan pengesanan awal memberi impak ketara terhadap masa depan mereka.

KHAIRY

“Saya berharap kita dapat memperluaskan program ini dan saya mahukan UNHS di Malaysia dijadikan antara agenda kesihatan kebangsaan pada masa akan datang, selari amalan di negara maju,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Pendengaran Sedunia di Serdang, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh; Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Datuk Dr Mohd Fikri Ujang dan Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Khairy berkata, rawatan awal dan pembedahan dapat menyembuhkan sebahagian besar penyakit telinga, selain penggunaan alat bantuan pendengaran atau implan koklea, berserta terapi rehabilitasi intensif dapat membantu memudahkan komunikasi individu dengan masalah pendengaran kekal.

“Saya ingin memaklumkan kerajaan memang menyediakan dana bantuan peranti pendengaran untuk pesakit kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah mengikut kriteria ditetapkan.

“KKM kini mempunyai 10 hospital satelit implan koklea sejak Program Implan Koklea Kebangsaan dilaksanakan pada 2008. Sehingga tahun ini, lebih 537 kanak-kanak dan individu dewasa menjalani pembedahan implan koklea.

“Ia satu pembedahan mikro yang rumit dan KKM mempunyai pakar bedah Otorinolaringologi (ORL) terlatih untuk menjalankannya. Kejayaan pesakit adalah kejayaan berpasukan dengan susulan perawatan rehabilitasi intensif audiologi dan terapi pertuturan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.