nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: KPLB bantu 319 usahawanita luar bandar

14 MAC: Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start telah berjaya membantu 586 orang usahawan sejak dilaksanakan pada September 2021.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata daripada jumlah tersebut, 319 orang usahawan atau 76 peratus merupakan usahawan wanita luar bandar membabitkan nilai geran sebanyak RM2.97 juta.

“Program ini menyediakan geran bantuan bernilai RM3,000 ke RM5,000 bagi menampung kos operasi dan keperluan modal pusingan bertujuan secara khusus untuk membantu usahawan memulakan semula perniagaan yang terkesan akibat pendemik COVID-19.

“Bagi tahun 2022, peruntukan sebanyak RM15.3 juta iaitu peningkatan sebanyak RM4.3 juta dari tahun sebelumnya dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensi telah merencanakan beberapa program secara menyeluruh bagi membantu usahawan meningkatkan taraf hidup ekonomi mereka,” katanya.

NIK MOHAMAD ABDUH

Beliau menjawab soalan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) berkaitan usaha-usaha
Kementerian bagi meningkatkan pendapatan usahawan wanita luar bandar di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata program-program tersebut termasuklah Program Rural Bussiness Challenge 2.0 (RBC 2.0), Program Usahawan Bergerak, Rural Bussiness Outlet, Program SPKLB, dan Program Outreach Usahawan @ KPLB.

Abdul Rahman memberitahu, KPLB turut menyediakan Program DesaMall@KPLB yang bertujuan untuk membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-Dagang sedia ada dengan pantas dan mudah.

“Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2017, jumlah jualan terkumpul produk adalah berjumlah RM3.31 juta setakat 31 Disember 2021 dengan Stock Keeping Unit sebanyak 26,941 di platform e-Dagang seperti Shopee, Lazada dan lain-lain.

“Daripada jumlah usahawan tersebut, seramai 2,404 atau bersamaan 80.5 peratus usahawan wanita luar bandar telah mendapat manfaat daripada program ini,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan Datuk Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) berhubung peranan serta syarat pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), beliau berkata beberapa penambahbaikan telah dilakukan.

Menurutnya, KPLB melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanakan pemurnian terhadap Garis Panduan Pelantikan dan Penamatan Perkhidmatan JPKKOA kepada Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah JAKOA Bilangan 1 Tahun 2021: Tatacara Pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA).

Katanya, permohonan perlantikan Ahli JPKKOA yang lengkap akan dibawa kepada Jawatankuasa Pertimbangan Penubuhan Jawatankuasa Baharu (JPPJB).

“Sebelum ini JPPJB terdiri daripada wakil Kementerian Kewangan (MOF) dan KPLB. Namun begitu penambahbaikan dari tatacara ini telah mengubah keahlian JPPJB kepada wakil dalaman JAKOA bagi mempercepatkan dan memudahkan perlantikan JPKKOA.

“Peranan utama JPPJB adalah untuk mempertimbangkan permohonan yang lengkap berdasarkan justifikasi, kriteria yang ditetapkan dan kelulusan peruntukan tambahan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.