nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ivermactin tidak sesuai untuk rawatan COVID-19 – KKM

19 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa penggunaan Ivermectin bagi rawatan COVID-19 adalah tidak bersesuaian.

Kenyataan itu susulan terdapat pihak yang kembali mendesak penggunaan Ivermectin untuk rawatan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Bahagian Regulatori Farmasi Negara sebelum ini sudah memaklumkan, tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar untuk kegunaan manusia selain Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Mac tahun lalu membenarkan penggunaan Ivermectin untuk rawatan COVID-19 bagi Kajian Klinikal sahaja.

Beliau berkata, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) pada 3 April tahun lalu juga memberi kelulusan Ivermectin digunakan untuk SARS-CoV-2 dalam kajian ‘in-vitro’ di makmal dan bukan untuk manusia.

NOOR HISHAM

“Agak ‘kecoh’ kembali oleh sesetengah pihak mendesak penggunaan Ivermectin untuk rawatan COVID-19.

“Kesatuan Eropah (EU) pada 27 Mei lalu, melarang Ivermectin ke atas pesakit kerana kekurangan bukti klinikal,” katanya dalam satu hantaran melalui media sosial, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, The Union Health and Family India, pada 7 Jun 2021 juga mengeluarkan dari senarai, penggunaan (de-listed) Ivermectin, Hydroxychloroquine dan Favipiravir untuk rawatan pesakit COVID-19.

Beliau berkata, kajian dan perhatian masih perlu diberikan terhadap laporan awal beberapa Kajian Klinikal di luar negara berkenaan Ivermectin.

Pada masa sama, beliau berkata, Kajian Klinikal di 12 hospital di Malaysia terhadap 500 pesakit risiko tinggi COVID-19 yang mendapati Ivermectin tidak berkesan dalam rawatan terhadap jangkitan itu juga sudah dilaporkan di Journal JAMA.

Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) bawah Institut Kesihatan Negara Kementerian Kesihatan (KKM) pada November lalu mengumumkan dapatan kajian Ivermectin (I-TECH) membabitkan 500 pesakit Kategori 2 dan 3 yang dirawat di hospital.

Kajian klinikal yang dijalankan secara ‘open-label randomised’ itu menilai keberkesanan rawatan lima hari Ivermectin (0.4mg/kg/hari).

Ia juga berserta penjagaan standard (kumpulan IVM), berbanding hanya penjagaan standard (SOC) yang berdasarkan garis panduan KKM untuk pesakit COVID-19 di 20 hospital kerajaan serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.