nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pertemuan menteri UMNO curi tumpuan media

25 MAC: Beberapa menteri daripada UMNO dilihat mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Putrajaya hari ini sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan media.

Difahamkan pertemuan itu diadakan sebelum menteri terbabit menghadiri Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan pertemuan itu mengenai pembubaran Parlimen.

Berita Harian melaporkan Mahdzir turut menafikan dakwaan mengenai penganjuran mesyuarat berkenaan.

“Bila ‘meeting’ (mesyuarat)? Tidak ada perbincangan mengenai pembubaran Parlimen pun. Tak ada ‘meeting’ pun,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, ketika dihubungi menjelaskan, beliau tidak terbabit dalam pertemuan berkenaan.

“Saya tak tahu pun ada pertemuan membabitkan menteri dan timbalan menteri daripada UMNO.

“Kalau ada sekali pun, mungkin saya tidak dipanggil untuk menyertainya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Besar.

Pergerakan keluar masuk menteri terbabit dilihat sejak jam 8 pagi dan antara yang terlibat ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang tiba pada jam 8.45 pagi serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, 9.37 pagi.

Perjumpaan kira-kira sejam itu tamat pada jam 9.50 pagi dan semua menteri UMNO yang hadir itu keluar serentak.

Turut dilihat meninggalkan hotel itu ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Bagaimanapun, semuanya mengunci mulut dan tidak mahu mendedahkan butiran perjumpaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.