nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penjawat awam kumpulan tertinggi ditahan SPRM Johor

3 APRIL : Penjawat awam merupakan kumpulan tertinggi yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor iaitu seramai 72 orang dan diikuti dengan 56 tangkapan melibatkan pekerja swasta dan 46 orang awam.

Pengarahnya, Datuk Azmi Alias berkata, setakat ini pihaknya telah membuka 165 kertas siasatan berkaitan kes rasuah dari tahun 2020 hingga bulan lalu yang melibatkan 174 tangkapan dan 83 pertuduhan di mahkamah.

“Berdasarkan statistik SPRM Johor, tahun 2020 menunjukkan pembukaan kertas siasatan tertinggi iaitu sebanyak 82 kertas siasatan dan diikuti oleh tahun lalu (61) dan tahun ini (22). Mengikut statistik yang sama, tahun lalu merekodkan tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 89 tangkapan, diikuti oleh tahun 2020 (44) dan tahun ini (41),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, SPRM Johor juga telah menerima 784 maklumat berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam tempoh yang sama, manakala pihaknya telah mencatatkan jumlah sitaan sebanyak RM3.4 juta bagi tahun 2020 dan 2021. 

Datuk Azmi Alias

Dalam tempoh yang sama juga, Azmi berkata SPRM Johor telah melucut hak rampasan pesalah rasuah berjumlah RM210,701 iaitu RM181,048 dilucut hak pada tahun 2020 dan RM29,653 pada tahun lalu.

“Selain menjalankan siasatan berkaitan kes-kes rasuah di negeri ini, SPRM Johor juga melaksanakan tindakan pencegahan rasuah dengan melaksanakan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan prosedur sektor awam dan swasta bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang rasuah.

“SPRM Johor turut menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan pendidikan pencegahan rasuah bagi menyampaikan maklumat anti rasuah secara berterusan kepada kumpulan sasar seperti agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah.

“Sejak 2020 hingga bulan lalu, sebanyak 188 ceramah telah diberikan selain 95 program berteraskan pencegahan rasuah, dan 96 aktiviti lain yang merangkumi penganjuran bengkel, keterlibatan dan diskusi meja bulat,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.