nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kestabilan politik formula Malaysia bangkit

12 MEI: Kestabilan politik adalah formula untuk Malaysia kembali bangkit dalam mendepani kelembapan ekonomi dan cabaran inflasi yang melanda negara ketika ini.

Justeru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan boleh merangka dan melaksanakan pelbagai dasar serta projek mega yang akan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Kita perlu rancangan jangka panjang. Kalau asyik tukar kerajaan, kita tidak ada masa. Inilah yang amat diperlukan oleh negara sekarang.

“Saya yakin kita ada kekayaan, kita cukup sumber untuk angkat darjat kita ke tahap lebih baik,” katanya ketika berkongsi pentas bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Program Debat Perdana yang disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Kuala Lumpur malam ini.

Beliau berkata, projek infra rakyat mesti diteruskan kerana ia boleh menjana pendapatan kepada negara, sekali gus membangunkan semula ekonomi pascapandemik COVID-19 serta membuka peluang pekerjaan buat rakyat.

Mengulas perkara tersebut, Anwar berkata , perkara utama yang mesti diselesaikan adalah tadbir urus yang betul oleh kerajaan.

“Saya yakin permulaan dengan pengurusan. Orang mual dengan politik sekarang dengan percaturan perebutan dan pemunggahan kekayaan oleh pimpinan.

“Oleh demikian, kita harus bawa keyakinan baharu bahawa politik dan pimpinan tidak lari daripada amanah dengan membersihkan diri daripada rasuah,” katanya.

Sebelum itu Najib mencadangkan supaya Petronas mengambil alih syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) kedua terbesar dunia, Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) selain melalui pinjaman bank yang dijamin kerajaan.

Mengulas usaha menyelamatkan Sapura Energy, beliau berkata langkah itu perlu dilaksanakan segera kerana tanpa sebarang tindakan sehingga 10 Jun ini, syarikat O&G itu mungkin diisytiharkan muflis.

Katanya, penyelamatan Sapura Energy sebenarnya tidak menggunakan satu sen pun duit rakyat, sebaliknya akan menyelamatkan 10,500 anak tempatan yang berkemahiran dan 3,000 vendor tempatan.

“Sapura Energy kekal syarikat strategik yang menjadi penggerak kepada sektor O&G negara. Syarikat ini memiliki potensi bernilai RM92 billion dalam masa dua tahun,” katanya.

Najib menjelaskan, beliau bertegas untuk menyelamatkan Sapura Energy disebabkan ia membabitkan 10.6 juta pelabur dalam Pemodalan Nasional Bhd (PNB) dengan nilai pelaburan RM5 bilion untuk menguasai 40 peratus pegangan dalam syarikat itu.

Dalam pada itu, Anwar mengesyorkan kepada kerajaan supaya menjalankan audit forensik terhadap Sapura Energy yang sedang mengharungi tempoh getir susulan kemelut hutang.

Langkah itu katanya, mustahak untuk menentukan punca yang berlaku dalam syarikat itu sebelum kerajaan memutuskan untuk campur tangan urusan berkenaan.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata tekad politik juga perlu sebagai pendorong kepada usaha untuk membetulkan sistem yang terpalit dengan rasuah, penyelewengan atau memiliki urus tadbir lemah dalam sesebuah syarikat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.