nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pindaan Akta DBP 1959 dibuat secepat mungkin – PM

22 MEI: Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 perlu dilakukan bagi memberi kuasa kepada DBP untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan pengunaan bahasa berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata DBP telah mengadakan beberapa bengkel untuk memastikan urusan pindaan akta itu dicapai secepat mungkin.

“DBP juga perlu menjalani proses transformasi dan peralihan paradigma, daripada Akta DBP 1959 yang hanya memperuntukkan kuasa Lembaga Pengelola dalam pelaksanaan prasarana badan itu kepada peranannya yang sewajarnya.

“Peranan dan tanggungjawab DBP sebagai badan perancangan bahasa, sastera dan penerbitan negara perlu dirincikan lebih jelas supaya peranannya lebih berkesan untuk mendukung dan melaksanakan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan dan undang-undang lain yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan,” katanya ketika berucap pada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Wisma DBP Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memartabatkan Bahasa Melayu dalam negara selain menggiatkan usaha untuk memperluaskan pengajaran dan penggunaan bahasa itu di institusi pengajian tinggi.

“Banyak negara yang mencapai status negara maju dengan mendaulatkan bahasa sendiri. Kita sepatutnya mempunyai jati diri dan membuktikan bahawa mendaulatkan Bahasa Melayu tidak mengekang kemajuan negara,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan usaha memartabat dan mengantarabangsakan Bahasa Melayu bukan kerja mudah kerana terlalu banyak cabaran yang dihadapi oleh pejuang-pejuang bahasa.

Justeru, katanya, seluruh Keluarga Malaysia terutamanya penjawat awam seharusnya memberikan komitmen untuk melaksanakan usaha memartabatkan bahasa berkenaan.    

“Usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu di persada dunia sudah menjadi dasar kerajaan dan ini adalah antara satu bidang keutamaan kerangka Dasar Luar Negara Malaysia yang dilancarkan pada 7 Disember 2021, iaitu diplomasi kebudayaan.

“Saya ingin berkongsi yang arahan telah dikeluarkan bahawa semua pusat yang melibatkan ke luar negara termasuk surat menyurat mesti menggunakan Bahasa Melayu,” katanya.

Menjelaskan hal tersebut, Perdana Menteri berkata, surat yang beliau hantar kepada pemimpin-pemimpin dunia juga dalam Bahasa Melayu dengan terjemahan Bahasa Inggeris.

Selain itu, beliau telah memulakan rundingan dua hala dengan menggunakan Bahasa Melayu, antaranya persidangan Sidang Khas ASEAN-Amerika Syarikat bersama dengan Presiden Amerika baru-baru ini.

Ismail Sabri berkata, Kerajaan sedar pentingnya penglibatan golongan cendekiawan dalam merancang dan melaksanakan gagasan pemimpin dan dasar negara selain pandangan seluruh Keluarga Malaysia.

Justeru, beliau yakin simposium berkenaan dapat mengenal pasti segala halangan yang ada untuk memartabatkan Bahasa Melayu serta mengemukakan satu rangka kerja khusus untuk mengatasi halangan ini.

Antara negara yang turut serta dalam soimposium berkenaan termasuklah Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Jerman, Belanda, Australia, China, Korea Selatan, Uzbekistan, Azerbaijan, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, Kemboja dan Filipina.

Ia turut membabitkan 60 pembentang kertas kerja dalam 15 sidang yang menyentuh pemartabatan Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Undang-Undang, Ekonomi, Diplomasi, Pengurusan, Sains, Teknologi, Multimedia dan Komunikasi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.