nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga teras utama jadikan Asia peneraju dunia berbelah pendirian

26 MEI : Malaysia menggariskan tiga teras utama  yang membolehkan Asia memainkan peranan sebagai peneraju perubahan dunia yang berbelah pendirian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga teras tersebut ialah memperkasakan integrasi ekonomi serantau, mengukuhkan  kerjasama dan mekanisme perundingan  dan ketiga  ialah bermuafakat dalam menangani cabaran perubahan iklim.

Jelasnya, bersandarkan kekuatan ekonomi dan pengaruh di peringkat global, rantau Asia berada di tempat yang terbaik untuk mengemudi perubahan ini, sekali gus membentuk status quo
baharu berlandaskan kepada kesedaran sejagat dan keazaman yang jitu.

“Perkara utama dalam memperkasakan intergrasi ekonomi serantau adalah dengan menumpukan kepada usaha mengukuhkan kemampuan rantau Asia dalam menangani perubahan dalam globalisasi selepas pasca pandemik.

“Para pembuat dasar di Asia juga seharusnya menggandakan usaha bagi meningkatkan
kemampuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai salah satu pemacu
utama pertumbuhan  dan pembangunan ekonomi rantau ini.

“Transformasi digital secara besar-besaran dan menyeluruh melibatkan PMKS membolehkan
mereka menyertai aktiviti e-perniagaan rentas sempadan secara lebih aktif.

“Pandemik telah menyedarkan usahawan supaya
menerima pakai penyelesaian digital dan teknologi dalam usaha kekal relevan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama di Persidangan Nikkei di Tokyo, Jepun hari ini.

Manakala menurut Perdana Menteri lagi, dalam melaksanakan teras kedua iaitu mengukuhkan kerjasama dan mekanisme perundingan di rantau ini.

“Di tengah-tengah perbezaan yang berlaku di dunia ini, saya berpendapat adalah sangat
penting rantau ini menjadikan kerjasama dan perundingan serantau sebagai nilai dan prinsip
asas mereka.

“Melihat di luar daripada ruang lingkup ASEAN, saya percaya kita perlu juga memberikan
perhatian dan sumber lebih besar dalam  proses kerjasama  ekonomi seperti Perjanjian
Kerjasama  Ekonomi  Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“APEC merupakan forum perdana bagi integrasi ekonomi serantau yang membentuk kesatuan yang mampu memacu potensi globalisasi negara anggotanya

“Tiga pemacu ekonomi yang dikenali pasti dalam Wawasan APEC 2040 atau lebih tepat dikenali sebagai Wawasan Putrajaya  2040 iaitu perdagangan dan pelaburan, inovasi dan digitalisasi dan ekonomi yang seimbang telah membolehkan rantau Asia Pasifik menjadi lebih kukuh dalam norma baharu pasca pandemik,” tegasnya.

Malaysia juga menyeru Asia agar bertindak dengan efektif  dalam menangani cabaran
Perubahan iklim sebagai teras ketiga untuk memjamin kemakmuran dan keselamatan rantau ini.

“Perkara teras yang ketiga merupakan gesaan kepada Asia dan rakan kerjasama global
untuk bersama-sama bertindak menangani cabaran perubahan iklim.

“Di Asia, terutamanya Asia Tenggara merupakan kawasan paling terdedah kepada kesan perubahan iklim di mana pada tahun
2021, lebih 57 juta penduduknya menjadi mangsa bencana  berkaitan perubahan iklim di
rantau Asia Pasifik.

“Oleh itu, sudah tiba masanya, para pembuat dasar menerima hakikat dan mengakui bahawa
perubahan iklim akan mengubah semula usaha yang dilakukan ke arah memelihara keamanan,
kemakmuran dan keselamatan serantau,” katanya lagi.

Malaysia juga menurut Ismail Sabri telah mengambil langkah aktif bagi menangani isu ini dengan mengukuhkan tadbir
urus perubahan iklim  yang melibatkan “whole of nation” apabila wujudnya kerjasama antara kerajaan dengan sektor swasta, kumpulan persatuan sivil, masyarakat setempat – terutama mereka yang paling berisiko.

“Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara-negara yang mempunyai visi yang sama.

“Untuk tujuan ini, idea “Asia Zero Emission Community” yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Fumio Kishida adalah titik permulaan yang baik,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.