nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia ketuai kajian ubat denggi

5 JUN: Malaysia akan mengetuai beberapa negara lain dalam menjalankan kajian dan ujian klinikal untuk merawat denggi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ujian klinikal itu akan dijalankan di negara ini di bawah Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) membabitkan Brazil, India dan beberapa negara membangun lain.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah selesai mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dan ujian itu dijangka dimulakan beberapa bulan lagi.

“Malaysia akan mengetuai, bersama Brazil, India dan juga beberapa negara membangun lain dan kita bagi tempoh antara enam hingga satu tahun bagi membolehkan ujian klinikal ini dijalankan.

KHAIRY

“Kita bersama Drug For Neglected Diseases Initiative (DNDI) sedang bekerjasama dengan beberapa negara lain untuk lihat kepada beberapa ubat-ubatan yang sebelum ini digunakan untuk penyakit lain sama ada boleh digunakan untuk merawat denggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Agenda Nasional Malaysia Sihat (AMNS) dan Sambutan Hari Denggi Asean Dan Gotong-Royong Mega 1.0 ‘Perangi Aedes’ Peringkat Kebangsaan, di Banda Hilir, hari ini.

Majlis perasmian oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut dihadiri Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh dan Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman.

Khairy berkata, sekiranya ujian klinikal itu berjaya dan boleh digunakan untuk merawat denggi, pesakit tidak lagi berdepan dengan komplikasi yang teruk.

“Ubat-ubatan ini sekarang digunakan untuk penyakit lain, jika ia berkesan kita akan bawa supaya boleh didaftar sebagai ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk denggi.

“Sekiranya boleh digunakan dan didapati selamat serta berkesan maka kita akan gunakan di hospital dan klinik di negara ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.