nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu Batu Puteh, tindakan Dr Mahathir mengecewakan

29 JUN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad enggan bekerjasama dalam siasatan menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan tidak akan memberi kerjasama selagi bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjadi Pengerusi Pasukan Petugas Khas (PPK).

Wan Junaidi berkata, keputusan Dr Mahathir enggan bekerjasama dengan PPK berkenaan sebagai tindakan mengejutkan panel penemubual dan perkara sepatutnya dapat dikongsikan beliau tidak dapat diperoleh oleh PPK.

“Saya dan PPK Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengambil maklum pendirian Dr Mahathir untuk tidak meneruskan sesi temu bual saksi bersama Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance yang dijadualkan di AGC, semalam.

WAN JUNAIDI

“Sebenarnya, tiada isu berbangkit berkaitan keputusan Jemaah Menteri melantik Mohamed Apandi yang juga bekas Peguam Negara, sebagai Pengerusi PPK itu kerana pertimbangan sewajarnya sudah dilaksanakan terhadap keputusan menubuhkan pasukan PPK berkenaan.

“Justeru sebarang bantahan berkaitan kedudukan Pengerusi PPK sewajarnya dibangkitkan lebih awal untuk perhatian kerajaan, sebelum Mohamed Apandi dilantik ke jawatan itu, pada 29 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Junaidi memberitahu, Mohamed Apandi akan terus menjalankan tanggungjawabnya dan PPK berkenaan akan meneruskan komitmen untuk menghasilkan laporan akhir seperti dirancang, selaras tujuan penubuhannya.

Terdahulu Dr Mahathir berkeras tidak akan bekerjasama dalam siasatan menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selagi Mohamed Apandi kekal sebagai Pengerusi PPK berkenaan.

Ahli Parlimen Langkawi itu dilapor berkata, beliau hanya sedia menjawab segala persoalan jika Mohamed Apandi ditukar dan pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentingan dibawa masuk ke dalam siasatan.

Wan Junaidi berkata, PPK berkenaan dilantik dengan tujuan spesifik untuk meninjau dan mengkaji opsyen perundangan untuk Malaysia serta menyiasat berkaitan penarikan rayuan kes ini di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), pada 2018.

“PPK sudah pun menjalankan tugas mereka selama tujuh bulan sehingga laporan interim disediakan dan laporan akhir serta tindakan susulan sedang disediakan pasukan petugas khas berkenaan.

“Adalah mustahil untuk saya bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi untuk mengeluarkan Mohamed Apandi sebagai Pengerusi apabila Jemaah Menteri membuat keputusan berkaitan pelantikan beliau.

“PPK hanya ingin mendengar dan mendapatkan pandangan mengenai situasi pada 2018 apabila kerajaan menarik balik rayuan kes ini di ICJ.

“Dr Mahathir sedia maklum akan pelantikan Pengerusi PPK oleh Jemaah Menteri dan beliau sebenarnya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi ini (semalam) di Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.