nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembangkang gagal pertahan keputusan tolak usul SOSMA

20 JULAI: Dewan Rakyat hari ini menerima usul Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membatalkan keputusan yang dibuat mesyuarat itu pada 23 Mac lalu berkait penolakan usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tempoh lima tahun lagi.

Usul dibawa Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu dipersetujui selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan 105 Ahli Parlimen menyokong manakala 83 Ahli Parlimen tidak menyokong, dan 32 Ahli Parlimen tidak hadir.

Dijangka Hamzah akan membawa semula usul pelanjutan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tempoh lima tahun lagi ke Parlimen pada minggu hadapan.

Subseksyen itu bagi membolehkan polis terus menggunakan kuasa khas untuk melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret.

Penahanan di bawah SOSMA sehingga 28 hari membolehkan polis menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Dalam sesi perbahasan, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata polis memerlukan tempoh itu untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Justifikasi Subseksyen 4(5) perlu dilanjutkan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan memberi ruang masa yang cukup kepada polis. Jika tempoh 28 hari itu tidak dilanjut mak tempoh tahanan reman hanya 24 jam di bawah tatacara jenayah, siasatan tidak menyeluruh, risiko orang tahanan melarikan diri dan risiko orang tahanan berkomunikasi dengan yang lain maka rantaian bukti akan terganggu.

“Polis sekarang ini menghadapi cabaran. Ramai suspek ditangkap melibatkan jenayah terancang perlukan masa untuk tempoh pengesahan, pengecaman ahli sindiket perlukan masa, penyeludupan migran yang kompleks dan untuk meyakinkan suspek terlindungi untuk memberikan pernyataan,” katanya.

Sementara Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata polis wajar diberikan kuasa yang sepatutnya untuk menjalankan tugas mereka menjaga keamanan negara.

“Saya harap SOSMA ini tidak akan digunakan untuk kepentingan politik. Isu keselamatan ini penting dan saya rasa kita perlu berikan kuasa kepada PDRM untuk lakukan sesuatu dalam negara untuk masa depan.

“Sekarang negara diancam sindiket, tanpa siasatan kita tidak tahu. Saya harap ini akan diambil sebagai satu isu penting untuk keselamatan negara dan individu untuk masa depan akan datang,” katanya.

Pada sidang Dewan Rakyat 23 Mac lalu, pembangkang berjaya menolak usul itu apabila memperoleh 86 undi berbanding 85 undi kerajaan. – Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.