nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan peruntuk RM393 bilion perkasa tadbir urus perubahan Iklim

21 JULAI : Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan besar sebanyak RM393 bilion untuk memperkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim dengan tempoh pelaksanaan secara berfasa selama 50 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM15 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan projek tebatan banjir mulai tahun 2023 sehingga 2030.

Beliau juga telah mengarahkan Kementerian dan agensi terbabit meningkatkan penggunaan sumber air bawah tanah dan air hujan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap air terawat termasuk bagi kegunaan di kawasan pedalaman, pengairan tanaman serta sistem kumbahan.

“Penggunaan sumber air alternatif yang murah dan mudah didapati ini perlu diambil kira dalam pembangunan infrastruktur serta bangunan baru sepertimana yang telah dilaksanakan di kebanyakan negara bagi menjimatkan kos penggunaan air terawat.

“Penggunaan air bawah tanah di Malaysia ketika ini dilaporkan kurang daripada tiga peratus berbanding dengan negara lain, walaupun negara mempunyai sumber air bawah tanah berkapasiti 5,000 bilion meter padu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Keempat Majlis Air Negara (MAN) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Menteri-Menteri Persekutuan, Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua-ketua Jabatan serta Agensi yang berkaitan.

Kata Ismail Sabri lagi, Kerajaan juga bercadang untuk membina lebih banyak ‘struktur sabo’ di seluruh negara dalam usaha untuk mengurangkan risiko banjir puing seperti mana yang berlaku di Baling, Kedah baru-baru ini.

Jelasnya, struktur sabo dibina merentasi alur sungai, berfungsi menahan puing termasuk bongkah batuan, lumpur dan kayu-kayan, sekali gus memperlahankan aliran air serta mengurangkan impak yang dibawa arus deras terutamanya selepas hujan lebat.

“Setakat ini struktur sabo sedang dibina di Yan, Kedah dan bakal dibina di Baling serta Janda Baik, Pahang dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata,
Agenda Transformasi Sektor Air 2040 menzahirkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan sektor air negara bagi menjamin sekuriti dan kelestarian air selain menjadikan sektor air sebagai pemangkin ekonomi negara.

Katanya, pengiktirafan Perkhidmatan Makmal Kualiti Air, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sebagai Makmal Forensik Penyelidikan Air;Makmal Kualiti Air (MKA) di NAHRIM akan berfungsi sebagai pusat rujukan dalam menyelidik kejadian pencemaran badan air.

“Makmal ini yang telah mendapat akreditasi MS ISO: IEC 17025 boleh menjadi alternatif kepada makmal Jabatan Kimia bagi forensik penyelidikan pencemaran air.

“MKA dilengkapi dengan fasiliti bertaraf dunia dengan kepakaran yang kompeten dan diiktiraf Institut Kimia Malaysia serta Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia.

“Ia juga berkemampuan membuat analisa berkaitan pencemaran air merangkumi lebih 200 parameter kimia dan mikrobiologi,” ujarnya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, perkongsian Peta Hazard Banjir (Flood Hazard Map) menunjukkan kawasan kebarangkalian yang boleh dinaiki air berdasarkan peta guna tanah semasa dan akan datang.

Katanya, amalan perkongsian peta hazard banjir turut dilaksanakan oleh negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Perkongsian peta ini membantu pihak berkepentingan dalam perancangan pembangunan seperti Rancangan Tempatan Daerah atau Rancangan Struktur Negeri
serta perancangan pengurusan bencana banjir.

“MAN adalah platform penting bagi penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi menetapkan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan dan pembangunan air negara.

“Selaras dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia Lestari’, Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan lain akan terus bekerjasama bagi memastikan keupayaan negara dalam menangani isu pengurusan air negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.