nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MARA sediakan 1,500 peluang kerja bidang kejuruteraan,teknologi

3 OGOS : Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil inisiatif menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada graduan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi pada Pameran Kerjaya anjurannya hari ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peluang kerjaya itu ditawarkan MARA menerusi kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) dan 10 syarikat swasta terkemuka.

“Penganjuran seminar dan pameran kerjaya ‘Career Crafting – Engineering & Technology’ ini adalah untuk memberi peluang penempatan pekerjaan sekaligus menyokong kepada kadar kebolehpasaran yang tinggi kepada graduan di bawah MARA.

“Syarikat ternama seperti Prasarana Malaysia Berhad, KPMG Malaysia, Micron Memory Malaysia Berhad, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), Genting Malaysia Berhad dan beberapa lagi turut serta menawarkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan tahap pendidikan graduan,” katanya.

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perasmian Penutup Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan & Teknologi di ibu negara hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Pengarah Eksekutif MIDA (Fasiliti Pelaburan) Jasbir Kaur.

Jelas Mahdzir lagi, sejumlah 1,200 graduan dan pelajar telah mendapat padanan kerjaya masing-masing sepanjang dua hari penganjuran program tersebut.

Manakala keseluruhannya kira-kira 3 ribu pelajar dan graduan MARA hadir untuk mencari padanan kerjaya mereka.

“Anjuran program seperti ini adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran graduan Bumiputera dengan mengurangkan masalah ketidakpadanan bidang pengajian dan skop kerja dalam industri.

“Tahun lalu, kebolehpasaran graduan TVET dan profesional yang dilahirkan oleh MARA mencapai 94%, sekaligus membuktikan mereka mempunyai kemahiran asas yang tinggi, cekap, dan sentiasa memenuhi kehendak industri,” ujarnya.

Penganjuran program padanan kerjaya MARA itu juga menurut Mahdzir, sebagai sebahagian Agenda Keluarga Malaysia di bawah Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang dilancarkan bulan lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MARA katanya, memberi tumpuan kepada tiga program utama iaitu Inisiatif Pengajian, Latihan dan Penempatan (Mystep) serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia).

“Kerajaan sentiasa komited untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan dan saya percaya usaha berterusan MARA akan memastikan graduan Bumiputera tidak tercicir dan mendapat pekerjaan mengikut bidang berdasarkan kelayakan.

“Selain itu, ia juga akan membantu mengurangkan isu ketidakpadanan antara bekalan buruh dengan permintaan tenaga kerja di pasaran,” kata Mahdzir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.