nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 10,000 jenayah online sejak awal tahun

4 OGOS : Orang ramai terus diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata isu kehilangan wang dalam akaun tanpa pengetahuan dan kebenaran pelanggan berpunca daripada pelbagai kaedah pemerdayaan oleh sindiket penipuan kewangan yang mendorong mangsa menyerahkan maklumat perbankan secara sedar ataupun tidak.

“Contohnya tawaran servis pembersihan rumah atau penghantaran makanan di mana sindiket penipuan kewangan mengarahkan mangsa memuat turun fail aplikasi apk (adroid package kit) yang boleh membaca sistem pesanan ringkas (SMS) tanpa disedari mangsa berserta skrin pembayaran atau pemindahan wang yang palsu.

“Ada masanya sindiket-sindiket ini turut menyamar sebagai pihak berkuasa atau bank bagi memancing maklumat daripada mangsa. Justeru Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi perbankan sentiasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam melindungi maklumat perbankan daripada dikongsi dengan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Yamani Hafez Musa

Beliau turut memaklumkan statistik jenayah dalam talian yang direkodkan berlaku pada tahun ini sehingga 30 Jun adalah sebanyak 10,468 kes.

Sebelumnya Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon meminta menteri kewangan menyatakan sebab wang simpanan pendeposit dalam bank dipindah keluar tanpa penerimaan OTP daripada bank dan bolehkah bank dipertanggungjawabkan untuk mengganti rugi kepada pelanggan mereka.

Dalam pada itu, Yamani yang juga Ahli Parlimen Sipitang menegaskan institusi perbankan perlu mengamalkan piawaian sistem keselamatan yang tinggi bagi melindungi akaun pelanggan mereka.

“Dalam menangani ancaman keselamatan siber yang berubah dengan sangat cepat ini, BNM secara berterusan akan memperkukuhkan garis panduan dan dasar keselamatan perbankan yang perlu dipatuhi oleh semua institusi kewangan.

“Antaranya ialah memastikan setiap transaksi perbankan itu mematuhi ciri-ciri keselamatan seperti keperluan pengesahan transaksi oleh pelanggan dan menghantar notifikasi selepas transaksi dijalankan,” katanya.

Beliau turut memberi beberapa saranan bagi mengelakkan menjadi mangsa termasuk mengingatkan orang ramai agar tidak panik ketika berdepan sebarang panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

“Antara saranan yang boleh dipraktikkan ialah jangan sesekali panik dengan mengikuti segala arahan diberi pemanggil termasuk memindahkan wang kepada orang yang tidak dikenali tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit.

“Jangan hubungi semula nombor yang  diterima sebaliknya dapatkan nombor rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit melalui laman sesawang rasmi untuk pengesahan lanjut dan jangan dedahkan butiran ID pengguna, kata laluan perbankan atas talian, nombor atau pin kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali.

“Jangan memuat turun aplikasi pihak ketiga yang diberikan orang tidak dikenali kerana ia boleh mengakses maklumat peribadi di telefon mangsa dan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pihak tertentu terutama sekali dalam talian,” katanya.

Tambahnya, BNM sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti dan banyak lagi dalam usaha membanteras jenayah penipuan kewangan.-Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.