nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ukraine batal perayaan kemerdekaan

23 OGOS : Kyiv membatalkan perayaan awam bagi memperingati kemerdekaan daripada pemerintahan Soviet, minggu ini susulan ancaman serangan Russia yang semakin meningkat.

Berhampiran barisan hadapan di selatan negara itu, Ukraine berkata, Russia melancarkan roket ke beberapa bandar di utara dan barat loji janakuasa nuklear terbesar Eropah, yang ditawan oleh tentera Russia sejurus selepas mereka menyerang Ukraine pada Februari.

Meriam dan tembakan roket di kawasan kompleks reaktor nuklear Zaporizhzhia, di tebing selatan Sungai Dnipro, juga menimbulkan kebimbangan berlakunya bencana nuklear.

Satu dokumen menunjukkan, pihak berkuasa tempatan Kyiv turut mengharamkan acara awam yang berkaitan dengan ulang tahun itu dari Isnin hingga Khamis kerana kemungkinan serangan roket.

Ibu kota itu jauh dari barisan hadapan dan jarang terkena peluru berpandu Russia sejak pertahanan Ukraine menangkis serangan darat Russia untuk merampas ibu negara pada Mac.

Di Kharkiv, sebuah bandar di timur laut yang sering mengalami serangan meriam jarak jauh dan tembakan roket, Datuk Bandar, Ihor Terekhov turut mengumumkan lanjutan perintah berkurung semalaman bermula jam 4 petang hingga 7 pagi, berkuat kuasa dari hari ini hingga Khamis.

Di pelabuhan Mykolaiv berhampiran wilayah yang dikuasai Russia di selatan, gabenor wilayah Vitaliy Kim pula berkata, pihak berkuasa merancang perintah berjaga-jaga agar penduduk bekerja dari rumah hari ini dan esok serta menggesa orang ramai tidak berkumpul dalam kumpulan besar.

Russia melancarkan serangan pada 24 Februari lalu sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ untuk memusnahkan jirannya yang lebih kecil dan melindungi komuniti berbahasa Russia.

Ukraine dan penyokong Baratnya menuduh Moscow melancarkan perang penaklukan ala imperial.

Pada hujung minggu lalu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata Moscow akan mencuba ‘sesuatu yang sangat teruk’ menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-31 pada esok, menandakan setengah tahun sejak Rusia menyerang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.