nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan kaji pembinaan pelabuhan kargo petroleum, pukal di Sanglang

1 SEPT : Kerajaan sedang mengkaji pembinaan sebuah pelabuhan agregat di kawasan Sanglang bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya menjadi realiti, projek ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi negeri Kedah termasuk meningkatkan keyakinan pelabur menanam modal di negeri ini dan juga wilayah utara amnya.

“Projek itu juga akan mewujudkan laluan penghubung jambatan darat di antara selatan Thailand dan Malaysia,” katanya ketika merasmikan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, di Yan hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa menteri Kabinet.

Beliau juga menyambut baik langkah kerajaan negeri Kedah bersedia menerima cadangan Kumpulan Albukhary bagi memajukan sebuah lagi Pelabuhan Laut Dalam di Sanglang, di Kubang Pasu yang bersempadan dengan Perlis.

“Cadangan itu amat strategik dan bakal menjadi projek ikonik yang akan memberi impak besar kepada ekonomi negara. Pelabuhan ini akan membolehkan sebuah jambatan darat di antara Sanglang dengan pantai timur Songkla diwujudkan bagi menyingkatkan jarak dan masa perjalanan antara Selat Melaka (di Timur) dengan Teluk Siam atau Gulf of Thailand (di Barat),” ujarnya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kerajaan Persekutuan juga menurut Ismail Sabri komited menyokong pelaksanaan projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan

Loji Jana Kuasa Pulau Bunting yang melibatkan tiga komponen utama bagi menjadikan kawasan ini sebagai hab ekonomi baharu di kawasan utara.

“Saya yakin dengan kedudukan daerah Yan yang strategik, iaitu di pintu masuk utara Selat Melaka, ia mampu menjadi hab serantau di Asia Tenggara bagi aktiviti perdagangan dan simpanan LNG serta pengimportan LNG bagi kegunaan domestik.

“Komponen kedua yang bakal dibina di sini ialah Loji Jana Kuasa Turbin Gas Kitar Padu dengan kapasiti 1,400MW yang turut dapat menjamin bekalan tenaga elektrik untuk negara, khususnya bagi wilayah utara Semenanjung.

“Kesemua prasarana ini penting jika kita mahu menjadikan Negeri Kedah terutama kawasan tengah negeri ini menjadi sebagai sebuah destinasi pelaburan dan perindustrian untuk jangka masa panjang,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.