nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

22 bulan dalam sengsara harus dijadikan iktibar

14 NOV : Kesengsaraan rakyat selama 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu dijadikan iktibar dan ia tidak harus dilupakan, demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pelbagai janji tidak dilaksanakan kerajaan PH, membuatkan rakyat berasa tertipu dengan manifesto yang ditawarkan pada PRU14.

“Selama 22 bulan rakyat tidak memperoleh apa yang telah dijanjikan PH apabila berjaya membentuk kerajaan dan rakyat telah mengalami kerajaan yang gagal.

“Jadi, saya memohon kepada semua pengundi-pengundi awal yang telah mengalami penderitaan pada PRU14 yang lepas agar kembali menyokong calon-calon BN pada PRU15 kali ini,” katanya.

Penyandang Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi ramah mesra bersama komuniti Perumahan Awam Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN akan melaksanakan setiap janji dalam manifesto yang ditawarkan untuk semua golongan dan kaum di negara ini.

“Sepuluh teras dan 99 tawaran dalam manifesto yang telah kita perincikan, Insya-Allah, apa yang kita sebutkan itu akan dilaksanakan jika kembali memerintah.

“Kita juga menggambil kira semua pengundi-pengundi awal terdiri daripada yang beruniform dan juga petugas-petugas pilihan raya, Insya-Allah, kita akan penuhi sepenuhnya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian manakala 15 Nov iaitu esok bagi pengundian awal pada PRU15.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.