nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Calon PN DUN Tioman meninggal dunia

19 NOV : Calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 daripada Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, meninggal dunia, hari ini.

Md Yunus Ramli, 61, disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Perkara itu disahkan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli.

Md Yunus dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, bgaimanapun,  disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Sebelum ini, Md Yunus daripada PAS, bertanding di kerusi sama pada PRU14. Allahyarham merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman. Selain itu, arwah juga adalah bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.

Pada hari pengundian ini, Allahyarham Md Yunus sepatutnya menghadapi saingan lima penjuru yang turut membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain (UMNO), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH-AMANAH), Osman A Bakar (PEJUANG) serta Sulaiman Bakar (Bebas).

Pemergian Md Yunus adalah kematian kedua membabitkan calon bertanding pada pilihan raya kali ini selepas calon PH bagi Parlimen Padang Serai di Kedah, M Karupaiya, 69, yang juga penyandang kerusi itu, meninggal dunia pada Rabu lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.