nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ini sebab Wan Rosdy tolak tawaran PN

1 DIS : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan kerajaan gagal kerana sikap pimpinan gabungan parti itu yang dilihat terlalu mementingkan jawatan.

Beliau ketika berucap pada ceramah umum PRU15 di Rompin malam tadi,  berkata, sebelum kerajaan negeri dibentuk dia dihubungi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amiruddin ketika itu menurutnya menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama tanpa syarat kepada BN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri.

Selepas itu, beliau kemudiannya dihubungi pimpinan PN di mana dia bertemu Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad.

“Dalam pertemuan itu, Timbalan Presiden PAS telah bercakap dulu dan ketika itu kerajaan Persekutuan belum ditubuhkan lagi.

“Ayat pertama dikeluarkan kepada saya mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju melantik saya sebagai senator dan diberi jawatan menteri penuh.

“Saya terkejut, kerajaan tak tubuh lagi ni, macam mana boleh ‘offer’ kepada saya,” katanya.

Selain itu katanya, PN juga menuntut tiga daripada lima kuota ahli dewan undangan negeri (ADUN) lantikan diberikan kepada mereka.

“Saya  lihat nampak  mereka bukan nak berbincang, tapi dah menetap dan menentu keputusan sebelum rundingan dimulakan.

“Jadi saya cakap, PH sedia bekerjasama dengan kami (BN Pahang) tanpa syarat,” katanya.

Pada perjumpaan kali kedua, katanya, PN masih tetap dengan pendiran untuk mendapatkan jawatan speaker dan exco.

Wan Rosdy turut mendedahkan sikap segelintir pimpinan PN yang meminta pejabat jawatankuasa kemajuan dan kemakmuran kampung (JKKK) dan kunci balai raya diserahkan ketika proses rundingan sedang berjalan.

“Jadi kami membayangkan, maknanya kestabilan dan kemakmuran adalah perkara kedua bagi mereka,” katanya.

Kata Wan Rosdy, keputusan dibuat BN untuk bersama PH bukan keputusan dirinya seorang tetapi dibincangkan bersama ADUN lain dan di bawa ke mesyuarat badan perhubungan UMNO negeri.

Dalam pada itu Wan Rosdy turut menyindir Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang mempertikaikan pendirian BN memilih PH untuk membentuk kerajaan negeri.

“Orang yang mempertikaikan kenapa kita pilih PH dan bukan PN, dia itu dah berapa kali lompat dah.

“Saya tak nak cakap tapi kita tengoklah, daripada BN ke PKR, daripada PKR ke BERSATU dan tak mustahil kalau ditawarkan jawatan selepas ini, lompat lagi,” katanya.

Wan Rosdy juga mendedahkan BN dan PH Pahang cuba membentuk model kerajaan perpaduan di negeri ini dengan menawarkan satu kerusi Exco kepada PN.

Bagaimanapun katanya, tawaran itu ditolak PN

“Kita dah boleh tubuhkan kerajaan ketika itu, tapi kerana kita berjiwa besar, kita tawarkan juga satu kerusi jawatan Exco kepada PN Pahang bagi tujuan perpaduan, tapi mereka yang tolak dan kemudian salahkan saya,” katanya.

Dia berharap penjelasan mengenai kronologi rundingan bagi membentuk kerajaan Pahang antara BN, PH dan PN itu dapat difahami rakyat.

Ini katanya penting supaya tidak berlaku salah anggap terhadap keputusan BN memilih bersama PH untuk menjadi kerajaan.

“Keputusan untuk bekerjasama dengan PH adalah bagi memastikan pembentukan kerajaan negeri yang stabil.

“Saya memang tunggu peluang ini, untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan kita buat keputusan dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan kerajaan negeri di Pahang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.