nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia akan teruskan pendekatan konstruktif perbaiki hak asasi manusia

12 DIS : Malaysia akan meneruskan pelaksanaan pendekatan konstruktif dan pragmatik untuk memperbaiki situasi hak asasi manusia di negara ini, sambil bekerjasama rapat dengan semua rakan kongsi bagi merealisasikan keutamaan keahliannya dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata Malaysia juga akan melaksanakan pendekatan berasaskan hak asasi manusia, selaras dengan undang-undang negara, kewajipan hak asasi manusia antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan.

Zambry berkata demikian dalam ucapan pembukaan melalui rakaman video pada Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 yang diadakan di sini hari ini. Menteri Luar kini bersiap sedia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah-ASEAN di Brussels.

“Ini sememangnya aspirasi Agenda 2030 bersama negara di seluruh dunia termasuk Malaysia yang komited untuk memastikan ‘Leave No One Behind’.

“Ini juga merupakan keutamaan keahlian Malaysia dalam Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022-2024,” kata beliau.

Dianjurkan bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan PBB di Malaysia, forum itu diadakan sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut pada 10 Dis.

Zambry berkata di peringkat negara kerajaan kini sedang mengkaji untuk menyelesaikan pindaan Akta 20 Orang Kurang Upaya untuk menangani isu hak asasi golongan itu.

“Kami juga akan meneruskan dasar yang kukuh untuk mencapai kesaksamaan jantina dan mempromosikan hak wanita dan kanak-kanak. Semua Kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia baru-baru ini melantik Gender Focal Point di peringkat pengurusan tertinggi untuk memastikan pelaksanaan inisiatif kesaksamaan jantina itu.

“Golongan muda di negara ini akan diperkasa dan dibekalkan dengan lebih kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk menghadapi dunia pekerjaan yang kompetitif.

“Kami akan terus bekerja keras bagi menangani perubahan iklim dan mendukung hak alam sekitar. Kami bertanggungjwab untuk melakukannya demi generasi akan datang,” kata Zambry.

Beliau berkata di peringkat antarabangsa, Malaysia akan mengekalkan dan mengukuhkan advokasi dan usaha global untuk menangani penderitaan rakyat Palestin dan Rohingya.

Bertemakan “Strengthening and Enhancing Human Rights Towards Leaving No One Behind”, forum setengah hari itu diserikan dengan kehadiranYang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Forum itu juga diadakan secara hibrid dan penstriman dalam talian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.