nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Trafik penerbangan meningkat suku pertama 2023

19 JUN: Peningkatan dicatatkan bagi suku pertama 2023  iaitu sebanyak 123.6 peratus tahun ke tahun kepada 19.4 juta penumpang penerbangan.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dalam kenyataan hari ini berkata, susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara sepenuhnya, trafik penumpang antarabangsa juga telah meningkat pada purata 80.9 peratus berbanding suku sebelumnya.

Tambahan pada itu, katanya, Hak Trafik Udara (ATR) antarabangsa yang diluluskan juga telah mencatatkan peningkatan ketara dalam tempoh setahun iaitu sebanyak 246.1 peratus, menunjukkan pemulihan kukuh pasaran antarabangsa.

“Selain itu, jumlah trafik penumpang mencapai 73 peratus daripada paras jumlah trafik penumpang pada tahun 2019. MAVCOM mengekalkan ramalan trafik penumpang udara seperti yang diumumkan pada tahun Disember 2022.

“Suruhanjaya menjangkakan trafik penumpang udara akan meningkat antara 40 peratus dan 52 peratus tahun ke tahun pada tahun 2023, mencapai antara 74.6 juta dan 80.8 juta penumpang,” katanya.

MAVCOM semalam menerbitkan edisi ke-14 Laporan Industri dwi-tahunan, Waypoint.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim, berkata walaupun industri penerbangan mengalami pengurangan dalam jumlah trafik kargo udara pada suku pertama 2023, lonjakan yang luar biasa dalam jumlah trafik penumpang memberikan gambaran yang baik mengenai daya tahan industri penerbangan negara.

Katanya, prestasi luar biasa ini bukan sahaja menunjukkan keupayaan industri penerbangan untuk pulih tetapi turut menyediakan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor yang berterusan sepanjang tahun 2023.

“Mencerminkan pemulihan pesat industri penerbangan negara, kedudukan kesalinghubungan udara Malaysia meningkat kepada taraf kelima di ASEAN, mengatasi Filipina, dengan skor kesalinghubungan udara sebanyak 61.0 pada tahun 2022.

“Peningkatan ini boleh dikaitkan dengan penambahan bilangan kerusi bagi penerbangan antarabangsa ke destinasi-destinasi mempunyai nilai yang lebih tinggi berikutan pembukaan semula sekatan sempadan pada suku ketiga 2022.

“Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang yang mempunyai taraf kesalinghubungan udara keempat tertinggi di ASEAN,” katanya.

Laporan Waypoint MAVCOM turut menunjukkan bahawa purata perolehan tempat duduk kilometer tersedia – purata kos tempat duduk kilometer tersedia (RASK-CASK) kembali stabil kepada 1.6 sen pada suku keempat 2022.

MAVCOM akan terus menyokong industri dan pihak berkepentingan industri penerbangan, khususnya melalui pelbagai inisiatif bertumpukan industri, seperti Laporan Waypoint, kata Saripuddin.

“Laporan ini akan terus menjadi rujukan penting bagi pihak berkepentingan dalam industri penerbangan Malaysia, bukan sahaja dalam membimbing pemain industri membuat keputusan termaklum tetapi juga dalam memupuk sektor penerbangan yang berdaya tahan dan berorientasikan pengguna, memacu kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih pesat,” katanya.

Menurut laporan itu, suku pertama tahun ini sebaliknya menyaksikan penurunan dalam prestasi kargo penerbangan.

Jumlah ‘Freight Tonne Kilometre; (FTK) telah berkurang sebanyak 11 peratus tahun ke tahun kepada 4,666 juta, menandakan penurunan prestasi kargo suku kedua yang berturut-turut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.