nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Saya bukan boneka

4 JUL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan boneka kepada mana-mana pihak, malah turut menegaskan beliau tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Kenyataan itu sebagai respon bagi menepis kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwanya sebagai mengikut telunjuk DAP dalam mentadbir Kerajaan Perpaduan.

“Kata kita tunduk kepada DAP yang kuasai kerusi. Perdana Menteri saya. Saya bukan boneka sesiapa.

“Alhamdulillah umur akan mencecah 76. Saya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau boleh dibeli dah melencong lama dah. Tetapi rakan-rakan sejawat itu penting dalam menjaga keharmonian,

“Saya bukan hendak pertahankan kawan-kawan DAP. Mereka dalam Jemaah Menteri sudah tujuh bulan. Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) juga ada dalam mesyuarat itu. Belum sekali pun dia (menteri DAP) pertikai program untuk Melayu. Untuk orang miskin ke … untuk Islam ke. Belum sekali dalam tujuh bulan ini.

“Jadi saya tidak mahu menghukum dan salahkan dia (DAP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Peluncuran Buku Adab Perbezaan Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini mendakwa DAP mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi berkenaan mendakwa kerajaan Anwar akan jatuh jika DAP menarik sokongan berikutan biarpun hanya terdapat empat menteri daripada DAP dalam Kabinet tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli DAP.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR berkata, Dr Mahathir tidak wajar meletakkan kegagalan sebagai Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh kepada pihak lain.

“Kalau kamu yang gagal dulu, kamu pimpin berpuluh tahun, itu salah kamu. Bukan salah penyokong kamu.

“Mengapa ekonomi Melayu tidak terangkat sekarang? Mengapa semua mesti saya selesaikan dalam tujuh bulan? Dengan hutang RM1.5 trilion, Tun Razak (Perdana Menteri Kedua) mula hutang, untuk apa? Buka FELDA, jalan luar bandar, sekolah-sekolah baharu. Itu keputusan baik yang saya sokong.

“Tapi hutang kemudian itu apa? Projek mega untuk disakau berbilion. Kemudian mahu kita pertahankan (negara) dengan guna Melayu dan Islam,” katanya.

Anwar turut menegaskan selagi diamanahkan sebagai pemimpin, beliau tidak akan mengizinkan amalan ‘sakau’ duit dilakukan kalangan menterinya, termasuk juga dirinya.

“Yang sudah berlalu biar berlalu. Tidak usah cakap soal sejarah. Ramai yang terpalit. Tak usah cakap. Kalau saya tahu dalam rekod nak cari yang cukup bersih payah. Yang bercakap bersih ramai tapi yang menyakau terlalu ramai,” katanya.

Beliau juga akan terus mempertahan hak dan keadilan kepada semua warganegara Malaysia termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

“Saya sebagai seorang Muslim tentunya ada tanggungjawab kepada Islam tapi saya juga tahu sebagai pemimpin di negara ini. Saya akan pertahankan hak semua warganegara.

“Saya akan tetap meningkatkan syiar dan pastikan penghayatan Islam yang lebih bermakna dan tetap juga pertahankan hak dan keadilan setiap warganegara, termasuk yang bukan Islam,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.