nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan akan beri perhatian isu kepentingan umat Islam

25 OGOS: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa memberikan perhatian dan menyantuni isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam dengan penuh berhemah dan berhikmah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata program pembangunan insaniah berteraskan al-Quran akan sentiasa diimarah serta diperkasakan demi kepentingan umat Islam.

“Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu komited dan bersungguh-sungguh melaksanakan agenda Membangun Malaysia Madani bagi membentuk kesejahteraan masyarakat yang menjadi nilai teras Masyarakat Madani.

“Memupuk perpaduan dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama tidak mudah. Namun, ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksana dengan penuh beramanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Penutupan dan Pengurnian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 1445H/2023 M di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi.

Dalam pada itu katanya, Pelan Transformasi al-Falah turut dibangunkan sebagai inisiatif untuk bersama-sama mendokong dan merealisasikan gagasan Malaysia Madani.

Tambah beliau, Al-Quran telah membentangkan pelbagai formula Rabbani untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam konteks bernegara.

“Konsep Malaysia Madani digarap dan dijadikan sebagai pelantar untuk masyarakat terus mengorak langkah memperkukuh rasa kebersamaan dan saling berukhuwwah.

“Oleh yang demikian, program-program penghayatan Al- Quran seperti MTHQA yang sudah memasuki edisi kali ke-63 ini, akan sentiasa diangkat menjadi acara rasmi di peringkat negara,” katanya.

Terdahulu dalam majlis tersebut, qari dari Malaysia, Mohammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat sebagai johan bagi kategori Tilawah al-Quran manakala Ali Reza Bizhaniavval dari Iran ditempat kedua dan Awang Zulhafiz Awang Tengah dari Brunei di tempat ketiga.

Bagi kategori qariah pula, Sarah Belmamoun dari Maghribi dinobat juara, tempat kedua disandang Rauddah Supian (Indonesia) dan tempat ketiga, Sabaha Pato Salik dari Filipina.

Manakala bagi kategori hafazan al-Quran, johan milik hafiz dari Guine, Omar Toure, tempat kedua disandang Maamon Ahmed Raweh dari Yaman dan Ali Attiah Ibrahim dari Chad di tempat ketiga.

Sementara itu, bagi kategori wanita, juara milik hafizah dari Algeria, Tebani Cheyma Enfal, tempat kedua milik Ndeye Seynabaou dari Senegal dan tempat ketiga Sidi El Moctar dari Mauritania.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.