nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Segerakan jawatankuasa khas gubal undang-undang syariah

28 OGOS: Satu Jawatankuasa Khas perlu segera ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, hal ini berikutan kebelakangan ini banyak kes yang sedang dibicarakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dicabar di Mahkamah Persekutuan, khususnya berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam membuat dan meluluskan undang-undang Islam (syariah).

“Trend sebegini menggambarkan kedudukan enakmen-enakmen negeri yang melibatkan peruntukan bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah semakin tercabar, yang sekali gus menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negeri-negeri untuk membicarakannya,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah demikian pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-70 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, hari ini.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi Majlis berkenaan.

Baginda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berpandangan penyelesaian hanya boleh dibuat melalui tindakan legislatif dengan membuat pindaan tertentu kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan bagi membolehkan kuasa yang lebih luas diberikan kepada DUN di dalam menggubal peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah bagi orang Islam.

“Dengan mengambil pertimbangan keadaan yang sedang kita hadapi ini, Beta berpandangan, adalah perlu satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang persoalan undang-undang yang berbangkit berikutan dari keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan kompetensi DUN dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” titah Sultan Selangor.

Dalam pada itu, titah baginda jawatankuasa khas itu perlu mengemukakan cadangan pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan termasuklah peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan supaya satu penyelesaian menyeluruh terhadap isu-isu itu dapat dibuat.

“Jawatankuasa Khas ini hendaklah dianggotai oleh pakar undang-undang Perlembagaan, undang-undang sivil dan syariah serta ahli-ahli akademik, dan tidak ketinggalan pengamal undang-undang yang mempunyai kelayakan, kemahiran dan pengalaman yang luas dalam kedua-dua bidang undang-undang sivil dan syariah,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Selangor memaklumkan Mesyuarat MKI pada sidang kali ini akan membincangkan satu kertas dasar berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dengan menggariskan panduan yang lengkap dan komprehensif.

“Segala keputusan yang dicapai oleh MKI berkaitan isu kalimah Allah ini nanti akan diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada mesyuaratnya yang akan datang, dan dengan itu satu dasar berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dimuktamadkan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah pada 7 Jun lepas, dalam pertemuan dan perbincangan baginda bersama Perdana Menteri, baginda selaku Pengerusi MKI telah menyuarakan pandangan baginda kepada Perdana Menteri bahawa isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat MKI.

“Pandangan Beta ini juga telah dipersetujui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Hal ini selaras dengan fungsi MKI yang bertanggungjawab menasihati Raja-Raja Melayu dalam menambah baik tadbir urus hal ehwal Islam,” titah baginda.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.