nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM bertemu pemimpin dunia, kukuh hubungan dua hala

7 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta dalam rangka memperkukuh hubungan serta kerjasama dua hala .

Melalui perkongsian di laman Facebook rasminya, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau buat pertama kalinya memaklumkan kedua-dua pihak sepakat dalam mempertingkatkan hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia serta Kanada ke tahap yang lebih tinggi.

“Dalam pertemuan kali pertama kami ini, persetujuan dicapai untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Kanada terutama dalam perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, hubungan sesama insan serta bidang-bidang baharu termasuk ekonomi hijau, sains dan teknologi, serta kecerdasan buatan menerusi Strategi Indo-Pasifik Kanada.

“Kesepakatan turut dicapai dalam mempertingkat hubungan dan kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Kanada ke tahap yang lebih tinggi,” katanya

“Saya turut singgung (sentuh) keperluan agar kedua-dua pihak meneruskan rundingan membina ke arah memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada, yang dijadualkan pada 2025,” katanya.

Menurut Anwar, beliau turut membangkitkan soal keperluan kedua-dua pihak meneruskan rundingan membina ke arah memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada yang dijadualkan pada tahun 2025. 

Beliau turut mencadangkan ASEAN dan Kanada untuk meneruskan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, teknologi digital, serta menggalakkan pertukaran para pakar dalam bidang-bidang yang berkenaan bagi menangani kesan krisis makanan dan tenaga.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Korea Selatan, Yoon Suk Yeol .

Beliau turut bertemu Perdana Menteri Korea Selatan, Yoon Suk Yeol buat pertama kalinya dan kedua pihak menyatakan komitmen mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada serta meneroka peluang kerjasama baharu demi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Antara hasil utama perbincangan termasuklah pertukaran lawatan di peringkat tinggi dan potensi pengecualian daripada Korea Electronic Travel Authorisation (K-ETA) dengan matlamat untuk mengukuhkan lagi hubungan semasa rakyat,” katanya.

Sementara itu, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, selain menyatakan komitmen untuk memperkukuh hubungan kedua negara, Anwar berkata beliau menekankan kepentingan integrasi ekonomi serantau yang lebih mendalam melalui Perkongsian Ekonomi Komprehensif ASEAN-Jepun dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“Saya percaya ASEAN dan Jepun perlu memberi keutamaan kepada literasi digital, inovasi teknologi, dan infrastruktur digital yang kukuh selain  memberi penekanan kepada keperluan menangani perubahan iklim melalui pembangunan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Melalui perkongsian lewat malam tadi, Anwar memaklumkan pertemuannya dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese untuk membincangkan usaha meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor di bawah kerangka Rakan Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

“Saya turut menegaskan keperluan terhadap sistem kewangan serantau bagi menangani ketidaktentuan ekonomi global dan risiko kewangan seterusnya memperkukuh rangkaian keselamatan dan kemandirian ekonomi rantau Asia Tenggara.

“Hatta, tidak salah untuk saya menzahirkan kebimbangan berkaitan isu keselamatan makanan dan menyeru kepada peningkatan kerjasama dalam bidang pertanian pintar, dengan tumpuan terutamanya kepada petani-petani kecil,” katanya.

Kelmarin, beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja yang baharu, Hun Manet.

*Foto : SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.