nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 80% PKS ada sijil Halal JAKIM

18 SEPT : Lebih 80 peratus pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau 7,306 daripada 8,272 adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata daripada jumlah keseluruhan itu 3,270 syarikat iaitu 39.53 peratus adalah pemegang sijil kategori syarikat Bumiputera.

Katanya, hasil beberapa mesyuarat jemaah menteri dan antara kementerian, persetujuan serta ketetapan dicapai agar Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) memainkan peranan penting untuk memberi penumpuan terhadap latihan dan bimbingan industri bagi memastikan industri bersedia untuk memohon sijil pengesahan halal Malaysia.

“Dalam usaha menambah baik tatakelola terhadap industri PKS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa mengadakan kerjasama dan libat urus dengan semua agensi bimbingan usahawan di bawah kementerian yang melaksanakan fasilitasi dari aspek piawaian dan prosedur pensijilan halal termasuk tatacara permohonan halal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya lagi, JAKIM menjalankan sesi fasiliti dalam kelompok besar juga secara berfokus dengan syarikat yang menghadapi masalah dalam pensijilan halal sama ada di peringkat pra-permohonan, semasa dan pasca persijilan halal.

Mohd Na’im berkata, bagi memperkasa ekosistem halal dalam dan luar negara, JAKIM menjalin kerjasama bagi memanfaatkan tenaga pakar di institut pengajian awam dan swasta termasuk Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia (IPPH UPM) dalam pelbagai aspek berkaitan halal.

Mengenai cadangan mewujudkan akta khusus bagi mengawal selia industri halal, Mohd Na’im berkata buat masa ini penggunaan undang-undang sedia ada masih relevan serta memenuhi kehendak dan keperluan semasa.

Ini termasuk Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 serta enakmen di negeri-negeri.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) ketika membahaskan usul KSP RMKe-12 mencadangkan kerajaan menambah baik tata kelola bagi pihak industri khususnya golongan PKS dalam usaha meningkatkan nilai tambah kepada pasaran halal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.