nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Beri pesawah subsidi tidak untungkan rantaian industri beras : Johari

16 OKT : Pemberian subsidi kepada pesawah dilihat bukan solusi yang baik bagi menangani masalah kekurangan beras putih tempatan (BPT) di negara ini.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata lamgkah itu tidak memberi keuntungan kepada rantaian pihak yang terlibat dalam industri beras.

Katanya, masalah pengeluaran beras di Malaysia akan kembali stabil sekiranya kerajaan mengambil langkah dalam memastikan semua pihak yang terlibat dalam industri itu mendapat keuntungan sewajarnya.

Jelas beliau yang juga Pengerusi Backbenchers, pemberian subsidi yang hanya ditumpukan kepada pesawah akan mengakibatkan pihak pengilang mengambil kesempatan ‘menekan’ golongan itu dengan mengambil beras pada harga yang murah. 

“Kerajaan perlu melihat semula harga BPT ini. Apabila harga beras ini masih kekal pada RM26, berilah subsidi banyak mana pun, tetapi banyak rantaian industri tidak akan untung kerana subsidi pergi kepada pesawah, namun pengilang tidak dapat.

“Dalam rantaian tidak boleh seorang untung, seorang rugi. Saya yakin apabila semua pihak boleh melihat perkara ini, negara akan kembali menjadi mandiri dalam hal ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang Undang (RUU) Perbekalan 2024 di persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

Dalam pada itu, Johari yang juga Pengerusi Backbenchers berkata punca kekurangan BPT  dalam pasaran hari ini berlaku kerana perbezaan harga yang begitu ketara di antara harga beras putih import (BPI) dengan harga BPT yang dikawal harganya pada kadar RM26.00 setiap kampit 10 kilogram.

Jelas beliau, harga sekampit 10kg beras BPI meningkat kepada RM35 ke atas kerana India menghalang eksport beras putih ke seluruh dunia.

“Ini menyebabkan bukan sahaja pengguna membeli BPT tetapi juga peniaga-peniaga restoran dan makanan membeli BPT yang menyebabkan berlakunya kekurangan BPT dalam pasaran.

“Sebelum ini BPT sebenarnya tidak pernah mencukupi untuk memenuhi keperluan penggunaan dalam negara dengan kadar sara diri atau self sufficiency ratio bagi beras di negara kita hanyalah pada kadar 62.6 peratus dan kadar kebergantungan import atau import dependency ratio adalah pada kadar 37.4 peratus,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan kerajaan mengapungkan harga BPT tanpa menyekat harga dengan harga siling RM2.60 setiap kilogram.

Jelas beliau, bekalan BPT di pasaran akan kembali stabil dalam tempoh jangka pendek dan sederhana sekiranya kerajaan mengambil pendekatan melepaskan harga kawalan kepada pasaran.

“Sebarang kesan kenaikan harga BPT kepada kumpulan berpendapatan rendah dan menengah rendah bolehlah dikurangkan dengan kerajaan menambah bantuan tunai terus kepada kumpulan yang terjejas ini.

“Malah saya yakin perbelanjaan bantuan tunai akan lebih rendah daripada jumlah subsidi yang disebabkan oleh kawalan harga yang ditetapkan kerajaan kerana terlalu banyak kesan negatif kawalan harga ke atas semua peringkat bekalan beras dalam negara.

“Hari ini kita dengar ada pengilang yang menyorokkan stok beras mereka dan puncanya adalah kerana kawalan harga yang menggalakkan mereka untuk tidak membungkus dan mengedarkan beras kepada pemborong.

“Jika kawalan harga ini dapat dilepaskan, saya yakin isu stok beras disorok tidak akan timbul. Jika kerajaan tidak mahu harga BPT naik keterlaluan dengan peniaga mengambil untung berlebihan, kerajaan bolehlah memastikan perkara ini

tidak berlaku melalui kawalan anti-pencatutan yang memantau pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.