nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPT ambil langkah serius perkasa Bahasa Melayu

5 NOV: Bahasa Melayu akan terus menjadi fokus penting dalam pendidikan tinggi negara, sekali gus kementerian sentiasa mengambil langkah serius untuk menjayakan agenda tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antaranya ialah pelancaran Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Di bawah pelan tindakan itu, KPT bersetuju dengan saranan agar mata pelajaran umum universiti yang diwajibkan kepada pelajar antarabangsa boleh digantikan dengan Kursus Bahasa Melayu Komunikasi mengikut kesesuaian dan program pengajian di sesebuah universiti.

“Selain itu, usaha kementerian turut merangkumi penganugerahan tokoh bahasa, penubuhan kursi-kursi bahasa Melayu dan kerjasama erat dengan pelbagai institusi yang menawarkan pengajian berkaitan bahasa Melayu di seluruh dunia.

“Kesemua ini kita ikhtiarkan kerana kita yakin, bahasa Melayu mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan kita mahu lebih ramai lagi yang mendalami bahasa Melayu sebagai bidang yang penting dan berpotensi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2023 kali ke-15 di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di Georgetown, semalam.

Mohamed Khaled berkata, dalam mengangkat kedudukan bahasa Melayu dan prestij pengajian bidang itu, KPT turut mempunyai beberapa sasaran antaranya mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai tarikan dan pengisian dalam menjayakan diplomasi pengetahuan.

Beliau berkata, ini bermakna, dalam membina dan mengukuhkan hubungan antarabangsa yang berasaskan pengetahuan dan ilmu, bahasa Melayu mesti menjadi sebahagian daripada disiplin yang diketengahkan.

“Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa yang sejagat dalam menyerlahkan sistem nilai yang baik khususnya dalam menterjemah agenda negara yang merentas kaum dan bangsa.

“Malaysia MADANI misalnya ialah satu etos nasional yang dipasak pada sistem nilai yang baik yang harus menjadi pegangan dan citra bangsa yang dibudayakan dengan penuh kesungguhan dan rasa bangga,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, KPT juga menyambut baik ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan semua urusan bertulis dan persuratan rasmi kerajaan dilakukan dalam bahasa Melayu.

“Kita ingin pasakkan secara jelas bahawa bahasa bukan sahaja jiwa bangsa, tetapi juga bahasa ialah suri dan seri negara yang mempunyai kedudukan istimewa. Bukan sekadar menjadi pengisi Perlembagaan, tanpa menjadi amalan yang sebenar dalam segenap ruang dan disiplin,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.