nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

186 lagi mangsa penipuan kerja luar negara cuba dikesan

8 NOV : Lebih 2,000 mangsa penipuan sindiket pekerjaan luar negara melibatkan warga Malaysia dilaporkan, setakat 3 November lalu. 

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata daripada anggaran jumlah tersebut, seramai 704 mangsa berjaya dikesan mendaftar dengan Kementerian Luar dan 518 daripadanya berjaya dibawa pulang.

Alamin (BN-Kimanis) menggesa semua pihak memberikan maklumat kepada pihak berwajib bagi mengesan mangsa-mangsa yang berada di luar negara akibat ditipu sindiket hingga kini.

“Data rasmi Kementerian Luar bagi mangsa yang kita jejaki dan kesan adalah 704, yang kita berjaya selamatkan 518 manakala 186 lagi sedang dikesan. Banyak laporan media yang melaporkan lebih daripada itu, ada yang kata sampai 2,000 orang.

“Barangkali ini yang belum berdaftar dan dijejaki oleh kita. Jadi kita ingin memohon kerjasama semua pihak, jika ada maklumat, berikan kepada kami untuk mengesan dan membawa pulang mangsa,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan  Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) berkenaan apakah kaedah yang akan diambil untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengelak penipuan pekerjaan di Kemboja dan Myanmar yang masih sering berlaku.

Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya berusaha mengadakan hubungan diplomasi dengan beberapa buah negara seperti Thailand, Myanmar dan Kemboja bagi memastikan permasalahan ini dapat diatasi secara lebih terperinci. 

Jelas beliau, tanggungjawab dalam memastikan mangsa berjaya dibawa pulang bukan hanya berada di peringkat kementerian, malah ia melibatkan agensi-agensi lain seperti Polis diraja Malaysia (PDRM).

“Kementerian  menubuhkan jawatankuasa task force dan akan mengadakan hubungan diplomasi dari semasa ke semasa dengan pihak agensi di luar negara.

“Kita juga menjalinkan kerjasama yang hebat dan akan mengadakan lawatan. Contohnya Kementerian Dalam Negeri mengadakan lawatan bersama PDRM ke Kemboja dan Thailand bagi membincangkan cara untuk mengatasi perkara ini dengan lebih terperinci.

“Bagi isu di Myanmar, Kementerian Luar juga sudah mengenalpasti 26 mangsa warganegara Malaysia yang terbabit dan kita masih menunggu lampu hijau daripada pihak berkuasa di Myanmar bagi membolehkan  mengadakan lawatan dan perbincangan bersama pihak mereka,” katanya. 

Bagi memastikan usaha-usaha yang dilakukan kementerian berjalan lancar, Alamin berkata pihaknya mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan kepada umum kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan. 

Jelas beliau, pihak kerajaan juga akan memberikan bantuan kaunselor sebaiknya kepada semua mangsa-mangsa yang terlibat supaya mereka tahu hak mereka untuk diadili dan dipertahankan. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.