nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Abdul Rashid Pengerusi Lembaga TH baharu

20 DIS : Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan pengerusinya yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Lantikan Pengasas Kumpulan Perbankan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar,

Abdul Rashid turut dilantik sebagai Anggota Lembaga TH.

Pelantikan Abdul Rashid bagi menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar yang tamat tempoh sebagai pengerusi.

Kata Mohd Na’im Abdul Rashid merupakan seorang ahli perniagaan dan berjaya mengasaskan Kumpulan Perbankan RHB antara yang terbesar di Malaysia.

Menurutnya, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Bhd dari 1994 hingga 1998 serta sebagai Pengerusi Putrajaya Holdings dari 1995 hingga 2000.

“Abdul Rashid juga di antara enam ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di dalam Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) TH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi TH dari 2014 hingga 2020 telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan.

Kata Mohd Na’im, Abdul Rashid juga Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan atas sumbangannya kepada negara dan masyarakat, beliau dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H/2023M.

Menurutnya, pengalaman luas Abdul Rashid sebagai seorang tokoh korporat amat berharga dalam meneruskan kecemerlangan TH sebagai institusi pengurusan haji bertaraf dunia, di samping membantu dalam memacu usaha pengukuhan yang sedang dan terus berjalan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Azman atas segala jasa bakti serta perkhidmatan terbaik khasnya dalam memimpin Lembaga Pengarah TH dan secara amnya kepada semua warga TH.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.