nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor titah bukan Islam jangan campur hal ehwal Islam

29 DIS : Orang politik khususnya yang bukan beragama Islam diingatkan agar tidak terus-terusan mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan demikian susulan syor dikemukakan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

“Sultan Selangor mengingatkan rakyat Malaysia khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia.

“Baginda mengharapkan agar orang-orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal Agama Islam.

“Malah, penganut agama-agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia,” kata kenyataan dikeluarkan Pejabat Sultan Selangor, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Namun hari ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata cadangan Koo Ham itu adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa itu dan menyedari ia menimbulkan polemik.

Dalam kenyataan sama, Pejabat Sultan Selangor memaklumkan MKI yang dipengerusikan baginda itu memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

“MKI juga dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya yang melibatkan undang-undang dan agama Islam,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri khususnya berkaitan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan.

Hasil kajian, pandangan, dan syor yang dicadangkan oleh jawatankuasa itu akan dibentangkan dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-raja.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan anggota jawatankuasa itu sememangnya terdiri daripada pakar dalam pelbagai lapangan.

Ia turut dianggotai bekas hakim mahkamah persekutuan, wakil Jabatan Peguam Negara, ahli akademik, dan pengamal undang-undang, di samping wakil majlis agama Islam negeri dan mahkamah syariah.

*Foto : Facebook Selangor Royal Office

Get real time updates directly on you device, subscribe now.