nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak wajar tuding jari pada agensi saja

6 JAN : Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) tidak wajar hanya menuding jari kepada agensi pengambilan berkait pekerja asing.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata proses itu tidak boleh dibuat tanpa permintaan dan kerjasama daripada pihak syarikat.

“FMM tidak boleh hanya menuding jari kepada agensi pengambilan. Permohonan ini (untuk membawa masuk pekerja asing) tidak boleh dibuat tanpa permintaan dan kerjasama daripada syarikat,” katanya, lapor FMT.

Beliau merujuk kepada kenyataan Presiden FMM, Soh Thian Lai semalam yang mengatakan isu itu disebabkan ada kemungkinan ejen tidak bertanggungjawab membawa masuk pekerja dengan janji-janji kosong sambil melakukan penipuan dengan memalsukan dokumen.

Kata Johari, sekiranya terdapat bukti agensi menggunakan dokumen palsu untuk menambah kuota yang diminta maka ejen yang bertanggungjawab perlu dikenakan denda yang tinggi.

Katanya lagi, di bawah sistem sedia ada, pekerja asing hanya dibenarkan masuk berdasarkan kuota yang dipohon oleh syarikat.

“Isunya di sini ialah sesetengah syarikat meminta kuota pekerja asing tanpa menyediakan pekerjaan untuk mereka.

“Sebaliknya, mereka cuba menjana wang dengan menjual kuota mereka kepada syarikat lain. Ini disifatkan sebagai pemerdagangan manusia atau buruh paksa,” katanya.

Beliau berkata syarikat dan agensi tidak bertanggungjawab yang terlibat dalam amalan sedemikian mesti dikenakan hukuman lebih berat.

Pada Khamis, Johari mencadangkan agar mana-mana syarikat yang didapati membawa masuk pekerja asing namun gagal menempatkan mereka di sektor pekerjaan perlu dikenakan kompaun tinggi sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja.

Katanya, kompaun tinggi boleh digunakan semula untuk menanggung kos penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal, berbanding sebelum ini yang dibiayai kerajaan.

Johari memberitahu FMT mana-mana syarikat yang memohon dan memperoleh kuota mesti memastikan ada pekerjaan yang sedia untuk diisi sebaik pekerja asing tiba.

Beliau berkata agensi dan majikan yang tidak terlibat dalam amalan tidak bertanggungjawab tidak ada sebab untuk bimbang.

“Saya tidak pernah menggesa agar denda dikenakan secara automatik. Kerajaan tidak akan bertindak sewenang-wenangnya. Sudah tentu semua kes perlu disiasat terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata langkah lebih ketat perlu kerana pekerja asing yang terperangkap di sini tanpa pekerjaan berkemungkinan besar akan menggunakan sumber berharga dari segi subsidi, penjagaan kesihatan, dan prasarana.

“Terdapat juga risiko mereka akan terlibat dalam aktiviti jenayah atau menambah masalah sosial,” katanya.

Johari berkata terdapat juga keperluan untuk menunjukkan belas kasihan terhadap penderitaan yang perlu ditanggung oleh pekerja asing itu.

“Itu satu lagi sebab tindakan perlu diambil untuk menghapuskan amalan tidak bertanggungjawab yang menyebabkan mereka dalam kesulitan,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.