nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekolah terjejas banjir di Johor ditutup

8 JAN : Tiga sekolah di daerah Johor Bahru ditutup bermula hari ini akibat banjir yang melanda negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan ringkas pada Ahad.

Tiga sekolah yang terjejas melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, ⁠SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram.

Setakat ini tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di negeri itu.

“Mengikut kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek pada 2 Januari lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut membenarkan murid mangsa banjir memakai baju biasa ke sekolah,” katanya.

Norlizah berkata seramai 48,276 pelajar di negeri itu dijangka menduduki peperiksaan SPM dengan ujian lisan bermula semalam diikuti ujian bertulis hingga 7 Mac depan.

Ini melibatkan 364 jumlah pusat peperiksaan dengan 4,205 petugas, 900 sukarelawan dan 112 penyelia kawasan.

Selain itu, 8,831 pelajar pula akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 22 Januari hingga 6 Februari ini membabitkan 75 jumlah pusat peperiksaan dengan 572 petugas peperiksaan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya tujuh sekolah agama di Johor terpaksa menangguhkan peperiksaan penggal kedua bagi Darjah Empat dan Darjah Lima.

Tujuh sekolah itu membabitkan Sekolah Agama Taman Sri Saujana, Sekolah Agama Bandar, Sekolah Agama Ladang Nam Heng, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi, Sekolah Agama Rantau Panjang, Sekolah Agama Teluk Mahkota dan Sekolah Agama Taman Kota Jaya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Jobor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata bagi Sekolah Agama Taman Sri Saujana, penangguhan dibuat kerana ramai guru terbabit banjir dan masing-masing tidak dapat hadir ke sekolah.

“Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Agama Ladang Nam Heng ditutup kerana terbabit banjir, manakala baki empat lagi sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita menjangkakan beberapa buah sekolah agama lagi akan ditutup berikutan keadaan banjir yang meningkat,” katanya.

Mohd Fared berkata sekolah agama yang terjejas banjir atau pun menjadi PPS dibenarkan untuk bercuti dan menangguhkan peperiksaan.

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 3,322 orang membabitkan 1,007 keluarga jam 8 malam tadi berbanding 1,429 orang daripada 405 keluarga petang semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.