nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid sifatkan Badan Peguam penyibuk

11 JAN : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Badan Peguam sebagai penyibuk apabila memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara yang tidak meneruskan prosiding terhadapnya.

Ia berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 September lalu yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri itu daripada lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi selepas pendakwaan memaklumkan Peguam Negara ingin menghentikan semua prosiding.

Melalui afidavit difailkan 4 Januari lalu untuk membatalkan permohonan kebenaran semakan kehakiman berkenaan, Ahmad Zahid menegaskan tindakan Badan Peguam itu bersifat tidak bertanggungjawab, selektif dan berat sebelah.

Katanya, hanya pihak yang terjejas teruk atau terkesan dengan teruk dengan keputusan Pendakwa Raya yang boleh memohon suatu kebenaran permohonan semakan kehakiman bersabit kes terhadapnya, dan adalah jelas ia tidak terpakai kepada badan terbabit.

“Pemohon cuba menggambarkan suatu imej sebagai juara keadilan (‘Champions of Justice) kepada masyarakat awam dengan mempersoalkan keputusan Peguam Negara dan mahkamah yang membenarkan DNAA bersabit tuduhan jenayah membabitkan kes saya.

“Akan tetapi, melihat kes undang-undang lepas iaitu keputusan sama oleh Peguam Negara terdahulu dalam kapasiti sebagai Pendakwa Raya yang membenarkan DNAA atau pelepasan dan pembebasan kes berkaitan ahli politik lain, pemohon hanya berdiam diri atau takut atau bisu dalam tindakan mereka.

“Tindakan pemohon sebelum ini akan mendedahkan sikap sebenarnya…pemohon bersifat selektif dalam mengkritik keputusan responden pertama (Peguam Negara),” katanya, lapor BH.

Ahmad Zahid berkata Badan Peguam menunjukkan kelakuan tidak rasional dan tidak munasabah dalam mempersoalkan kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara yang menjalankan tugas sebagai Pendakwa Raya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata beliau dinasihati oleh peguam dan percaya bahawa keputusan Peguam Negara memohon perintah DNAA termaktub sepenuhnya di dalam kuasa perogatif dan kuasa selaku Pendakwa Raya di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ahmad Zahid oleh kerana Peguam Negara bertindak dalam kuasa yang diberikan di bawah perlembagaan, beliau dinasihati peguam dan sesungguhnya percaya bahawa keputusan Peguam Negara tidak boleh dicabar melalui suatu semakan kehakiman.

Katanya, Badan Peguam juga tidak mempunyai apa-apa keupayaan undang-undang atau ‘locus standi’ yang memadai untuk memfailkan dan mengekalkan permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara dan dirinya.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini di Mahkamah Tinggi, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mewakili Peguam Negara, berkata peruntukan Seksyen 254 (1) Kanun Tatacara Jenayah membenarkan Pendakwa Raya memohon bagi DNAA selepas peringkat prima facie.

Beliau yang mengemukakan hujahan dalam permohonan bantahan Peguam Negara terhadap kebenaran semakan kehakiman itu berkata peruntukan undang-undang itu juga tidak menyatakan had masa bagi Pendakwa Raya untuk berbuat demikian sebelum sesuatu kes diputuskan.

Katanya, Badan Peguam tidak memenuhi keperluan udang-undang bagi mengemukakan permohonan terbabit dan ia juga gagal membuktikan tindakan Peguam Negara itu tidak rasional dan tidak sah.

Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili Badan Peguam kemudian memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya akan merujuk persoalan Perlembagaan berhubung permohonan kebenaran itu ke Mahkamah Persekutuan.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh kemudian menetapkan 6 Februari ini bagi pengurusan kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.