nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Batal 16 peruntukan enakmen syariah Kelantan, semua diminta bertenang

9 FEB : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak bertenang serta tidak melakukan apa-apa provokasi yang boleh mengundang kepada keresahan awam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkait enakmen syariah Kelantan,  hari ini.

Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar menjamin Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin kewujudannya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, selaras dengan kajian atas alasan penghakiman kes itu yang akan segera dijalankan, perancangan lanjut akan segera dibuat bagi memastikan agenda penambahbaikan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah terus berjalan di Malaysia.

“Beberapa penyesuaian terhadap pelan dan rancangan sedia ada juga akan dilaksanakan selaras dengan keputusan kes ini. Segala ruang dan peluang yang wujud untuk pemerkasaan Mahkamah Syariah akan dilaksanakan.

“Saya akan segera memohon perkenan untuk menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum akan hal keputusan mahkamah hari ini.

“Saya juga akan segera memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan DYMM Raja-Raja Melayu untuk menyembah maklum perkara yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Mohd Na’im, kesemua pemegang taruh berkaitan dan pihak yang terlibat dengan Mahkamah Syariah akan dipanggil untuk berbincang serta menilai langkah pemerkasaan seterusnya bagi Mahkamah Syariah.

Beliau turut berjanji, jika terdapat keperluan melakukan apa-apa pindaan atau reformasi undang-undang, ia akan dilakukan segera.

“Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan Tun Datuk Seri Zaki Tun Azmi, bekas Ketua Hakim Negara akan mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Hasil kajian, pandangan dan syor yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas ini akan dibentangkan dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja,” katanya.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Bagaimanapun panel hakim memutuskan dua lagi peruntukan adalah sah.

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman.

Hanya Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli membuat keputusan berbeza berhubung local standi.

Tengku Maimun dalam penghakiman berkata mahkamah membenarkan petisyen itu kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya.

Kedua-dua beranak itu mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 mendakwa DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.